Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home INSENTIF GOMEN

Bagaimana Pengecualian Tarif Baharu Ini Menolong Malaysia

by Bunyamin Azuddin
October 27, 2025
in INSENTIF GOMEN
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Kalian tahu kan pasal Amerika Syarikat punya “tarif timbal balik,” di mana Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat nasional berhubung defisit perdagangan negara dan mengumumkan peristiwa ini, dikenali sebagai “Hari Pembebasan” pada 2 April 2025 ke atas semua negara yang tidak tertakluk kepada sekatan lain: yang berkuat kuasa pada 5 April 2025 dengan minimum 10% ke atas hampir semua import AS?

Well, ini adalah kerana pada 26 Oktober 2025, semalam punya cerita, diumumkan bahawa selepas pertukaran surat rasmi antara Amerika Syarikat dan Malaysia, yang dahulu memberikan pengecualian tarif kepada sebanyak 1,711 produk esport utama yang terakhir, di mana ia dijangka berlangsung selama 60 hari!

Perjanjian ini juga ditandatangani antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan; AS berkomited mengekalkan kadar tarif yang baru sebanyak 19 peratus yang sebelumnya adalah 25%! Wow!

Namun ini hanyalah permulaannya, tetapi apakah yang tertakluk dalam perjanjian ini? Artikel ini akan menerangkan segalanya dengan terang dan jelas dan juga secara ringkas.


Boleh dikatakan bawah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan sebegini:

“Pengecualian tersebut merupakan sebahagian daripada hasil rundingan yang turut menyaksikan penurunan tarif import AS daripada 25 peratus kepada 19 peratus, sekali gus menjamin daya saing eksport Malaysia di pasaran AS.

“Kami menjangkakan pelaksanaan rasmi pengecualian tarif itu akan berlaku sebelum akhir tahun ini, memberi ruang kepada pemain industri Malaysia untuk segera meraih manfaat daripada akses pasaran yang lebih luas dan kos eksport yang lebih rendah.”

Tambahan juga bahawa peristiwa ini menyebabkan penyokongan yang lebih mantap dalam pertumbuhan sektor berimpak tinggi seperti aeroangkasa, elektrik dan elektronik (E&E), dan farmaseutikal selaras dengan sasaran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Namun begitu dalam konteks semikonduktor, aeroangkasa, dan semua peralatan berkait perolehan syarikat-syarikat dan juga multinasional, angka-angka adalah komitmen yang dibuat oleh syarikat-syarikat itu sendiri. Tengku Zafrul berkata sebegini:

“Tiada pembiayaan daripada kerajaan. Ini adalah komitmen daripada sektor swasta kita dan juga berdasarkan keperluan cukai pada masa hadapan.”

Oleh sebab perjanjian ini, ia mengimpak terhadap pelbagai produk, yang dikenal pasti mengikut Lampiran III kepada Perintah Eksekutif 14346 (5 September 2025 tarikhnya) seperti:

Bernilai Strategik:

  • Minyak Sawit
  • Barangan Berasas Getah
  • Produk Koko
  • Komponen Dan Alat Ganti Pesawat
  • Farmaseutikal

Akses Pasaran Keutamaan Signifkan Barangan Industri:

  • Bahan Kimia
  • Jentera
  • Peralatan Elektrik
  • Logam
  • Kenderaan Penumpang

Sektor Pertanian:

  • Hasil Tenusu
  • Produk Hortikultur
  • Ayam
  • Produk Diproses
  • Minuman
  • Daging Khinzir
  • Beras
  • Etanol Bahan Api

Itulah sahaja maklumat yang terikat dalam peristiwa dan perjanjian ini antara AS dan Malaysia dengan pengecualian tarif.

Rujukan: Utusan Malaysia

Share2Tweet1Pin

Related Posts

INSENTIF GOMEN

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
INSENTIF GOMEN

Apa Malaysia Boleh Ambil Daripada China Dalam Pembelajaran?

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Next Post

Semburan Halau Serangga Perosak Boleh Lebih Organik?

  • 313 Followers

Recommended

Google Pixel 3 XL running Android Q appears on Geekbench

September 29, 2025

Kilang Nikon Di China Terpaksa Ditutup Kerana ‘Tidak Laku’

October 31, 2017
Foto: Google Play

Terkini Aplikasi Mudah Alih ‘Ibadat’ Dari Digi

December 12, 2018
Foto: CNN Twitter

Pengasas HQ Trivia App & Sosial Network Vine Meninggal Dunia

December 18, 2018

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
Foto: T3.COM

Razer Phone 2 Bakal Upgrade Sistem OS Kepada Android Pie 9.0 Pada 27 Februari

February 21, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.