Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

by Ayu Ieranatasya
October 22, 2025
in Aplikasi, Tech, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

OpenAI kini mencuri tumpuan dunia teknologi selepas memperkenalkan ChatGPT Atlas, pelayar web (web browser) terbaharu yang menggunakan sepenuhnya kuasa kecerdasan buatan (AI) sekaligus menjadi pesaing terbesar kepada Google Chrome yang telah lama mendominasi pasaran.

Pelancaran ini menandakan langkah berani OpenAI dalam memanfaatkan lebih 800 juta pengguna aktif ChatGPT setiap minggu, sambil mengembangkan pengaruhnya ke dalam kehidupan digital pengguna.

Melalui Atlas, pengguna bukan sekadar melayari internet seperti biasa, tetapi boleh bersembang terus dengan AI untuk meringkaskan kandungan laman, membandingkan produk, atau analisis data secara automatik.

Menariknya, Atlas turut hadir dengan “agent mode”, fungsi khas untuk pengguna berbayar yang membolehkan ChatGPT bertindak bagi pihak pengguna contohnya mencari resepi dan terus membeli bahan masakan secara automatik di laman web seperti Instacart.

Dalam demo yang dipertontonkan OpenAI, ChatGPT mampu melengkapkan proses tersebut hanya dalam beberapa minit. Buat masa ini, Atlas tersedia secara global untuk pengguna macOS (Apple), dan versi untuk Windows, iOS serta Android bakal menyusul tidak lama lagi.

Cabaran Terhadap Google

Langkah ini juga dilihat sebagai tanda perang teknologi baharu antara OpenAI dan Google. Sejak kejayaan ChatGPT pada 2022, Google mula memperkenalkan model AI mereka sendiri, Gemini, ke dalam Chrome untuk memberi pengalaman carian yang lebih interaktif.

Meskipun Chrome masih menguasai 71.9% pasaran pelayar global, kehadiran Atlas dilihat mampu mengubah cara orang mencari maklumat di internet daripada taip kata kunci kepada interaksi terus dengan AI.

Selain itu, penganalisis pasaran menjangkakan OpenAI bakal melangkah lebih jauh dengan menjual iklan dalam pelayar Atlas, satu langkah yang boleh mengurangkan penguasaan iklan carian Google yang kini menguasai hampir 90% pasaran.

Dengan keupayaan meringkaskan laman web, membuat carian bijak, dan membantu pengguna melaksanakan tugasan harian ChatGPT Atlas mungkin menjadi pelayar masa depan yang bakal mengubah cara manusia berinteraksi dengan dunia maya.

Sumber: Reuters

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
PEEK DAILY

Guna Kod QR Jadi Fenomena ‘Salam Kaut’ Majlis Kahwin Kini

November 18, 2025
Next Post

"The Running Man” Bakal Gegar Pawagam November Ini: Aksi Thriller Futuristik Arahan Edgar Wright!

  • 313 Followers

Recommended

Apple & Samsung Menduduki Teratas Untuk Telefon Bimbit Terlaris Di Dunia, Ini Senarainya!

August 30, 2023
Foto: GSM Arena

Maklumat Telefon Bimbit Huawei P30 Dan P30 Pro Bocor?

March 1, 2019

Scoot Buka Laluan Baharu Ke Kota Bharu: Peluang ‘Short Trip’ Ke Singapura Jadi Semakin Dekat!

October 27, 2025

Galileo Galilei & ChoQMay Hibur Peminat Dengan Lagu Tema Terbaru Blue Orchestra Musim Kedua

October 13, 2025

Tak Sangka! Demon Slayer Dah Potong Naruto Dalam Jualan Manga Jepun

October 16, 2025
Foto: Tek.id

20 Februari Tarikh Bertuah Lancar Xiaomi Mi 9?

February 13, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.