Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

‘Claymore’ Ditarik Keluar Dari Crunchyroll, Kini Tiada Lagi Platform Sah Untuk Ditonton

by Iffah Najwa
October 22, 2025
in PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Anime klasik tahun 2007, Claymore, kini secara rasmi telah dikeluarkan daripada katalog penstriman Crunchyroll. Ini meninggalkan peminat tanpa sebarang platform rasmi untuk menontonnya.

Tamat Lesen, Tamat Akses

Menurut sumber dari Anime Updates di X, keputusan ini dibuat selepas lesen penstriman Claymore tamat tempoh pada 21 Oktober 2025. Siri ini diadaptasi daripada manga karya Norihiro Yagi.

Mengandungi 26 episod dan mengikuti perjalanan Clare, seorang pejuang separuh manusia, separuh raksasa yang memburu makhluk bernama Yoma.

Walaupun Crunchyroll telah menarik keluar anime ini, beberapa pengguna mendapati Claymore masih boleh diakses buat sementara waktu melalui laman rakan kongsi seperti Amazon Prime Video. Namun, memerlukan log masuk Crunchyroll untuk menonton.

Masih Ada Di Netflix? Tapi Terhad

Beberapa laporan menyatakan siri ini mungkin masih boleh diakses di beberapa rantau tertentu seperti Hong Kong dan India melalui Netflix. Namun begitu, ketersediaannya tidak meliputi pasaran global.

Kebimbangan Tentang ‘Anime Preservation’

Kehilangan Claymore daripada platform utama seperti Crunchyroll menimbulkan kebimbangan dalam komuniti anime tentang isu “anime preservation” di mana anime-anime lama semakin sukar diakses secara sah.

Peminat kini hanya mempunyai beberapa pilihan, termasuk pembelian digital di Apple TV atau mencari cakera Blu-ray yang kini sudah tidak dicetak semula

Walaupun Claymore bukanlah siri baharu, ia masih dianggap sebagai salah satu anime aksi fantasi gelap terbaik era 2000-an. Penarikannya dari Crunchyroll menandakan satu lagi kehilangan besar bagi peminat anime klasik yang ingin menonton semula karya ikonik ini secara rasmi.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

[VIDEO] Sebab Sidang Kemuncak ASEAN Diadakan Di Kuala Lumpur, Bukan Putrajaya

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Redmond Pie

Apple Hasilkan Kad Kredit Khas Untuk Apple Pay?

March 26, 2019

Kenapa Durian Digelar Raja Buah? Ini Sebabnya!

October 16, 2025

PC Gamers VS Mobile Gamers Mana Satu Yang Lebih Baik?

March 20, 2019
Foto: KL Gadget Guy

OMG! Selepas YouTube, Netflix Pula Muncul Di Nintendo Switch Ni?

November 5, 2018

Samsung Lancarkan Galaxy Tab S5e Dengan Feature Terbaru?

February 19, 2019

Mungkinkah Stratollite Medium Pengangkutan Akan Datang?

December 11, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.