Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Roti Putih vs Roti Gandum: Mana Sebenarnya Lebih Sihat Untuk Sarapan?

by Farah Fatihah
October 21, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai antara kita yang suka bersarapan dengan roti, tapi bila sampai bab nak pilih antara roti putih atau roti gandum, mesti mula rasa keliru kan? Nampak sama, tapi sebenarnya dua-dua ni berbeza dari segi nutrisi dan kesannya pada badan.

Roti Putih

Sumber gambar dari Facebook

Roti putih diperbuat daripada tepung yang telah diproses, di mana bahagian bran dan germ (lapisan paling berkhasiat dalam bijirin) telah dibuang.

Proses ini menjadikan tekstur roti putih lebih lembut dan ringan, tetapi ia juga menyebabkan kandungan serat, vitamin dan mineral berkurangan. Walaupun sesetengah roti putih diperkaya semula dengan nutrien tambahan, ia masih tidak setanding dengan roti gandum dari segi khasiat semula jadi.

Roti Gandum

Sumber gambar dari detikfood

Roti gandum dihasilkan daripada bijirin penuh yang masih mengekalkan semua bahagian penting bijirin. Ini menjadikannya kaya dengan serat, zat besi, magnesium dan vitamin B.

Serat membantu melancarkan sistem pencernaan dan memberi rasa kenyang lebih lama, sekali gus membantu mengawal selera makan dan tahap gula dalam darah.

Selain dua ni, ada juga jenis roti lain yang makin “popular” sekarang, contohnya roti sourdough dan roti sprouted grain.

Roti Sourdough

Sumber gambar dari detikfood

Roti sourdough ni dibuat melalui proses penapaian semula jadi, jadi lebih senang dihadam dan tak buat gula darah naik mendadak.

Roti sprouted grain pula dibuat daripada bijirin yang dah bercambah dan penuh antioksidan serta mengandungi nutrien tambahan.

Namun begitu, tidak semua roti “gandum” di pasaran benar-benar sihat. Ada yang hanya mengandungi sedikit tepung gandum dan selebihnya tepung putih. Jadi, pastikan anda membaca label dan mencari perkataan “100% whole grain” atau “whole wheat”.

Kesimpulannya, kalau nak pilihan yang lebih sihat dan mengenyangkan, roti gandum atau roti bijirin penuh memang terbaik untuk sarapan. Tapi kalau teringin roti putih pun tak apa asalkan berpada dan seimbangkan dengan gaya hidup sihat!

SUMBER RUJUKAN: HEALTHLINE

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Autisme Dalam Kalangan Wanita ADHD: Kenapa Ramai Terlepas Pandang?

  • 313 Followers

Recommended

Caj Parking #MalaysianGP Dikecam Netizen ‘Datang Sehari, Kena Bayar Dua Hari?’

October 29, 2025

‘Black Phone 2’ Kejutkan Box Office! Kutip USD43 Juta Seluruh Dunia

October 21, 2025
Foto: Pocket Now

Qualcomm Snapdragon 855 Transformasi Inovasi Dunia Teknologi

December 6, 2018

Daebak! Kereta Wi-Fi? Biar Betul!

November 9, 2018

Swipe-Match-Kahwin: Halal Wave yang Berasal dari Malaysia Umum Hasil Kajian Tentang Cari Jodoh

September 7, 2023

Google Pixel 3 camera bug brings back Nexus 5 nightmares

October 15, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.