Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

‘Stranger Things’ Musim Akhir Pecah Kepada 3 Bahagian, Episod Pertama Berdurasi 68 Minit

by Iffah Najwa
October 14, 2025
in PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Para peminat Stranger Things akhirnya boleh menarik nafas lega apabila pencipta siri popular Netflix itu, Ross Duffer, mendedahkan durasi rasmi bagi empat episod pertama musim kelima yang juga merupakan musim terakhir di laman Instagram.

Sebelum ini, tular spekulasi bahawa setiap episod bakal berdurasi lebih 90 minit selepas Duffer menyamakan musim kali ini dengan “lapan filem blockbuster“.

Namun, pendedahan terbaru melalui video di Instagram beliau membuktikan sebaliknya.

Durasi Empat Episod

Menurut Ross Dugger, episod pertama bertajuk The Crawl akan berdurasi 1 jam 8 minit, diikuti episod kedua The Vanishing of_____ selama 54 minit. Episod ketiga, The Turnbow Trap, pula mencatatkan durasi 1 jam 6 minit manakala episod keempat, Sorcerer, menjadi yang terpanjang dengan 1 jam 23 minit.

Walaupun hanya empat episod pertama didedahkan, Duffer menyatakan peminat perlu menunggu sedikit lama untuk mengetahui tempoh baki empat episod terakhir.

Dihasilkan Seperti Filem Setiap Episod

Ross Duffer turut memberi sedikit gambaran tentang setiap episod, menyifatkan The Crawl sebagai “episod pembukaan paling padat dan penuh aksi sejak musim 1.” Episod kedua pula menampilkan “babak pembukaan paling gila yang pernah dihasilkan dalam sejarah siri ini”.

Bagi The Turnbow Trap, Duffer menyifatkannya sebagai “episod paling klasik Stranger Things musim ini”. Pengarah The Shawshank Redemption, Frank Darabont, kembali dari persaraan untuk mengarahkan musim kelima siri ini.

Sementara itu, Sorcerer digambarkan sebagai “episod berskala besar seperti finale, dan antara pengambaran paling mencabar sepanjang kerjaya mereka.”

Tiga Volume, Tiga Tarikh Tayangan

Netflix dilaporkan akan membahagikan musim terakhir Stranger Things kepada tiga bahagian:

  • Volume 1 (empat episod) – 26 November
  • Volume 2 (tiga episod) – 25  Disember 2025
  • The Finale (episod terakhir) – 31 Disember 2025

Kesemua pelakon utama seperti Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Sadie Sink, Maya Hawke, Joe Keery, Natalia Dyer, Charlie Heaton, David Harbour, Winona Ryder dan Brett Gelman akan kembali menghidupkan dunia Hawkins buat kali terakhir.

Musim kelima ini dijangka akan menjadi penutup epik francais yang sudah bertahan hampir sedekad dan pastinya bakal menjadi antara penutup paling dinanti di Netflix pada tahun ini.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

[VIDEO] Ramai Tak Sangka Rupanya Ada Surau Tertinggi Di Malaysia!

  • 313 Followers

Recommended

Instagram Didenda Hampir 1.8 Billion. Kenapa ?

September 8, 2022

Samsung Galaxy Watch vs. Apple Watch Series 4: Which should you buy?

October 11, 2025

Sweet Qismina Terus Gemilang, Rangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA 2025

November 16, 2025

Shopee Memperuntukkan Sehingga RM50 Juta Untuk Pelajar Malaysia

June 28, 2023
Foto: IGN Southeast Asia

Battle Royale – Knives Out Raih Keuntungan US$ 465 Juta?

January 18, 2019

7 Game Percuma Dengan Visual Setanding AAA

November 6, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.