Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

[RUMOR] Pokemon Gen 10 “Winds & Waves” Dikhabarkan Berlatar Asia Tenggara, Fokus Pada Tema Keluarga dan Alam Semula Jadi

by Iffah Najwa
October 14, 2025
in Games, PEEK DAILY
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Baharu, Dunia Baharu

Desas-desus mengenai Pokemon Gen 10 kembali hangat selepas beberapa butiran dikatakan bocor daripada sumber dalaman. Berdasarkan laporan dari beberapa portal permainan video antarabangsa, francais ikonik ini berpotensi memperkenalkan dua versi baharu iaitu Pokemon Wind dan Pokemon Waves yang dipercayai akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch 2.

Menariknya, generasi kali ini dikatakan berinspirasikan Asia Tenggara dan Indonesia, menjadikannya latar yang paling dekat dengan rantau ini dalam sejarah siri Pokemon. Ia dilihat sebagai percubaan berani Game Freak untuk memperluaskan daya tarikan global sambil mengekalkan elemen budaya dan alam semula jadi tropika.

Tema “Infinity” Dan Tanggungjawab Antara Generasi

Antara aspek paling menarik daripada leaked document ini ialah tema yang dikatakan menjadi tunjang utama kepada Pokemon Gen 10 iaitu “Infinity” dan “Parental Responsibility”. Tema ini dikatakan menyorot isu hubungan antara manusia, alam, dan generasi baharu, dengan naratif yang menekankan tanggungjawab ibu bapa terhadap dunia yang bakal diwariskan kepada anak-anak.

 

Walaupun bunyinya berat, mesej ini disampaikan melalui pengembaraan pemain yang dikatakan bermula di sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur, sebelum menuju ke pulau resort untuk percutian keluarga. Di sinilah konflik bermula apabila Pokemon yang terlepas menyebabkan kekacauan di jalan raya. Ia menandakan permulaan perjalanan pemain dalam dunia baharu ini.

Sistem Pertarungan Cuaca Sebagai Gimik Baharu

Leaked dokumen turut menyebut mekanik baharu yang dinamakan “Tenko-Waza”, diterjemahkan sebagai Weather Moves. Mekanik ini dipercayai memberi impak besar terhadap sistem pertarungan, di mana keadaan cuaca akan mempengaruhi kuasa dan strategi Pokemon.

Selain itu, pemain juga dikatakan boleh menunggang setiap Pokemon, menyelam ke dasar laut, dan meneroka pelbagai kawasan terbuka dengan semi-procedural world system. Pendekatan ini dilihat sebagai langkah ke arah pengalaman lebih mendalam, hampir menyerupai open world sepenuhnya seperti Pokemon Legends: Arceus.

Barisan Watak Baharu & Tema Alam Sekitar

Beberapa watak utama yang disebut ialah Profesor muda berusia 21 tahun bergelar “Survival Professor” yang mengkaji kesan cuaca terhadap Pokemon. Watak lain termasuk ibu tunggal, kanak-kanak berusia 13 tahun, dan rakan tempatan dari pulau resort yang menjadi pesaing utama.

Pasukan antagonis kali ini dikenali sebagai Land Development Team, kumpulan korporat yang memusnahkan alam sekitar demi keuntungan. Tema ini selari dengan mesej utama permainan yang menekankan keseimbangan antara kemajuan dan pemeliharaan alam.

Pokemon Legenda: Storm & Wave

Menurut sumber, dua Pokemon legenda akan mewakili versi berbeza.  Storm melambangkan angin dan Wave melambangkan laut. Kedua-duanya digambarkan sebagai penjaga alam yang hanya akan muncul kepada pemain yang benar-benar memahami hubungan antara manusia dan Pokemon.

Masih Sekadar Spekulasi, Tetapi Makin Meyakinkan

Setakat ini, The Pokemon Company belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara ini. Namun, dengan beberapa leakers terkenal seperti Centro Leaks dan Riddler Khu turut menyokong maklumat yang sama, ramai peminat percaya bahawa Pokemon Gen 10 bakal diumumkan secara rasmi pada Pokemon Day Februari 2026.

Jika benar, Pokemon akhirnya bakal membawa pemain ke dunia yang diinspirasikan oleh rantau Asia Tenggara.

Ini adalah satu langkah yang bukan sahaja mengejutkan, tetapi juga penuh potensi untuk mengubah arah siri ini ke tahap baharu.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
Next Post

Belanjawan 2026: Bantuan Awal Persekolahan Diperluas Demi Pendidikan Inklusif

  • 313 Followers

Recommended

Jisoo BLACKPINK Buat Peminat Teruja! Teaser Lagu “Eyes Closed” Dikatakan Bakal Duet Dengan Zayn Malik

October 8, 2025

Wow! China Guna Pemberita ‘AI’ Pertama Di Dunia

November 9, 2018

Muslim Pro Mengumumkan 10 Hari Hadiah Percuma Jun Ini, Menjelang Hari Raya Haji

June 19, 2023
Foto: Habis Manis

4 Jenis Penghasilan Teknologi Yang Di Salah Guna Oleh Manusia

March 29, 2019

OnePlus 5 Kini Berada di Pasaran Malaysia Bermula 8 Julai

June 30, 2017

DJI Memperkenalkan Osmo Action 4 Yang Menakjubkan! Harga Bermula RM1,899

August 3, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.