Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Bayaran STR Fasa 4 Diawalkan! Deepavali Kali Ini Lebih Bermakna Bagi Penerima B40

by Farah Fatihah
October 13, 2025
in Berita, INSENTIF GOMEN, Kewangan
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar gembira buat rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan diawalkan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober 2025.

Berita ini pastinya membawa kelegaan besar kepada penerima, khususnya dalam kalangan B40, yang sedang membuat persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali yang penuh bermakna.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan telah menyediakan sebanyak RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 9 juta penerima.

Beliau juga memaklumkan pembayaran STR Fasa 4 ini disalurkan lebih awal daripada jadual asal mulai 18 Oktober 2025 dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencecah RM2 bilion, yang akan memanfaatkan lebih daripada 8 juta penerima di seluruh negara.

Usaha ini dilihat sebagai langkah prihatin kerajaan bagi meringankan beban rakyat ketika kos sara hidup semakin mencabar, terutamanya menjelang musim perayaan.

 

Walaupun pembayaran diawalkan, jumlah yang diterima tetap sama seperti fasa sebelum ini. Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, wang akan terus dikreditkan secara berperingkat.

Manakala bagi yang tiada akaun, mereka boleh menuntut bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Langkah kerajaan ini bukan sahaja mencerminkan kepekaan terhadap kebajikan rakyat, malah membawa makna yang mendalam menjelang perayaan cahaya itu.

Dengan itu, langkah ini  juga menjadi simbol bahawa setiap lapisan masyarakat diraikan tidak kira bangsa atau agama menjelang musim perayaan yang membawa semangat perpaduan dan kasih sayang.

Deepavali kali ini pastinya terasa lebih bermakna. Bukan sekadar cahaya pelita yang menyinari rumah, tetapi juga sinar bantuan yang datang tepat pada waktunya untuk meringankan beban dan membawa senyuman buat banyak wajah.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

INSENTIF GOMEN

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
INSENTIF GOMEN

Apa Malaysia Boleh Ambil Daripada China Dalam Pembelajaran?

November 17, 2025
Next Post

Wartawan Palestin Saleh Al-Jafarawi Maut Ditembak Dalam Pergolakan Pasca-Gencatan Senjata Gaza

  • 313 Followers

Recommended

ASUS – Bakal Lancarkan ZenBook 13, 14 Dan 15 Terbaru 10 Januari Ini

January 2, 2019

Pembukaan Laluan Baharu Johor Bahru-Kunming Dari AirAsia!

November 12, 2025
Foto: Times Of India

LG Patenkan Telefon Boleh Berkembang Dari Pelbagai Sudut?

March 8, 2019

MOT Cari Jalan Luas FLYSiswa Untuk Pelajar IPTS – Anthony Loke

November 5, 2025

Huawei Watch GT: can’t do much, but maybe that’s a good thing

September 13, 2025

Tenement Dari Kemboja Dinobatkan Filem Terbaik AIFFA 2025

November 16, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.