Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

Saingan Terbaru Frostpunk! Dark Moon Oleh Jujubee Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

by Ayu Ieranatasya
October 9, 2025
in Games
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Studio permainan video dari Poland, Jujubee, bersama penerbit 101XP, mengumumkan bahawa permainan baharu yang dinanti-nantikan, Dark Moon, bakal dilancarkan pada 29 Oktober 2025.
Permainan ini akan dilancarkan di platform Steam, GOG, dan Epic Games Store.

Dark Moon dianggap sebagai salah satu permainan yang paling dinanti dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana gabungan elemen strategi masa nyata (real-time strategy) dan kelangsungan hidup (survival) dalam dunia yang penuh cabaran.

Walaupun kisahnya berlatarkan Bulan, ramai pemain menyamakan permainan ini dengan Frostpunk kerana asas dan gaya permainannya yang serupa. Namun begitu, setiap permainan video tetap mempunyai identiti tersendiri begitu juga dengan Dark Moon.

Antara tarikan utama dalam permainan ini ialah pangkalan mudah alih gergasi berbentuk labah-labah, yang benar-benar mencuri perhatian pemain.

Untuk yang mungkin baru mendengar nama Jujubee, studio dari Poland ini bukan calang-calang pembangun permainan video. Ditubuhkan sejak tahun 2012, mereka pernah menghasilkan beberapa tajuk popular seperti siri FLASHOUT, Realpolitiks, serta permainan simulasi Take Off: The Flight Simulator, Punk Wars, dan Deep Diving Adventures.

Ketika ini, studio tersebut sedang membangunkan beberapa permainan baharu termasuk Dark Moon (genre strategi dan survival) serta Emerald Caravan (RPG santai).

Jujubee dikenali kerana menghasilkan permainan dengan visual yang menarik dan pengalaman bermain yang menghiburkan untuk platform konsol serta PC. Tidak lupa juga, studio ini turut tersenarai dalam NewConnect, iaitu segmen pasaran Bursa Saham Warsaw (Warsaw Stock Exchange).

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara pemain terawal! Tambahkan Dark Moon ke wishlist Steam anda sekarang!

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Steam Luluskan Refund Call of Duty: Black Ops 7 Selepas Pemain Dakwa Tidak Puas Hati Dengan Penggunaan AI

November 18, 2025
Games

FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE Bakal Hantui Semula Dunia Gaming Mac 2026

November 12, 2025
Games

Screamer Dedah Sistem ‘Echo’

November 10, 2025
Games

7 Game Percuma Dengan Visual Setanding AAA

November 6, 2025
Games

“Edge of Memories” Umum Untuk PS5 Pada Musim Bunga 2026

November 6, 2025
Games

ERROR: Ai.lien Bakal Hadir 2026 — Kisah Cinta Bersama AI yang Menjadi Mimpi Ngeri

November 5, 2025
Next Post

Peningkatan Kes Influenza Di Malaysia: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Business Insider

iPhone 7 & iPhone 8 Di Benarkan Memasuki Pasaran German

February 20, 2019
Foto: The Metropolitan Museum of Art, New York

Unik! 10 Jam Tertua Di Dunia

November 22, 2018

Boundaries Bukan Dinding, Tapi Perlindungan Untuk Diri Sendiri

November 6, 2025

Tiada UPSR & PT3 Bukan Bererti Tiada Peperiksaan, Tegas KPM

November 11, 2025

Rapid KL MyJourney Menawarkan Ganjaran Untuk Penumpang E-Hailing Ke Stesen Kereta Api

September 19, 2022
Foto: Lowyat.Net

Samsung Galaxy M20 Di Jual Pada RM799 Hanya Di Shopee

March 18, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.