Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Peningkatan Kes Influenza Di Malaysia: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

by Farah Fatihah
October 9, 2025
in Kesihatan, Trivia
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kes influenza dilaporkan meningkat di Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan kanak-kanak.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 15 kluster jangkitan influenza dan penyakit saluran pernafasan direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 39/2025 tanpa ada sebarang kematian.

Lebih membimbangkan, kebanyakan kluster ini berlaku di sekolah dan tadika, iaitu tempat anak-anak kita berkumpul setiap hari.

Walaupun tiada kematian dilaporkan, ibu bapa dinasihatkan untuk lebih peka kerana virus influenza kali ini didapati didominasi oleh Influenza A (H3) yang sedang aktif di beberapa negara lain juga.

Menurut KKM, peningkatan ini bukan disebabkan mutasi baharu, sebaliknya berpunca daripada aktiviti sosial dan perjalanan selepas musim cuti, selain faktor perubahan cuaca yang tidak menentu.

Bagi yang masih keliru, influenza bukan demam biasa. Simptomnya boleh datang tiba-tiba. Contohnya,demam tinggi, batuk, sakit tekak, lenguh badan, hidung berair, dan keletihan yang melampau.

Kebanyakan kes boleh pulih dalam masa seminggu, tetapi untuk kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan pesakit kronik, jangkitan ini boleh jadi serius dan memerlukan rawatan segera.

Ibu bapa juga digalakkan untuk mempertimbangkan vaksin influenza bermusim bagi anak-anak dan ahli keluarga yang berisiko tinggi.

Vaksin ini boleh didapati di klinik kesihatan terpilih dan klinik swasta, dan ia terbukti dapat mengurangkan tahap keterukan simptom sekiranya dijangkiti.

Jadi, kalau anak kalian mula tunjuk tanda-tanda tak sihat, jangan ambil mudah. Elakkan membawa mereka ke tempat awam, pastikan mereka berehat, minum air secukupnya, dan pakai pelitup muka jika keluar serta ikut langkah yang sepatutnya.

Ibu bapa perlu pastikan anak-anak cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan banyakkan minum air. Ingat, influenza nampak macam kecil, tapi kalau tak dijaga, boleh jadi serius.

Sumber rujukan: “15 kluster baharu jangkitan influenza dan saluran pernafasan pada ME 29/2025 – KKM” BERNAMA

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
PEEK DAILY

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025
PEEK DAILY

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025
Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
How To

Pewarna Semula Jadi Dan Sintetis: Ada Perbezaannya

November 18, 2025
PEEK DAILY

Guna Kod QR Jadi Fenomena ‘Salam Kaut’ Majlis Kahwin Kini

November 18, 2025
Next Post

EJAE, Audrey Nuna & Rei Ami Raih Rekod Platinum Untuk Lagu “Golden” Dari K-Pop Demon Hunters

  • 313 Followers

Recommended

Foto: ZTE SDN/NFV

ZTE Bakal Tembusi Pasaran Industri Telefon Bimbit Pintar 5G Pada Suku Pertama 2019 Ini?

January 14, 2019

Pengasas ADOBE Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

August 21, 2023

Scoot Buka Laluan Baharu Ke Kota Bharu: Peluang ‘Short Trip’ Ke Singapura Jadi Semakin Dekat!

October 27, 2025

[Video] Oppo F5 Bakal Hadir Dengan Ciri Pengimbas Wajah

October 24, 2017

Tiada UPSR & PT3 Bukan Bererti Tiada Peperiksaan, Tegas KPM

November 11, 2025
Foto: SuperPark United

Eksklusif SuperPark Malaysia! Disember Ini!

November 8, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.