Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

Witsteen Umum Nama Baru Untuk The Wheel of Time Card Game, Kini Dipanggil Heroes and Forsaken

by Iffah Najwa
October 8, 2025
in Games
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat The Wheel of Time nampaknya bakal menikmati nafas baharu untuk permainan kad digital rasmi francais itu. Studio dari Belgium, Witsteen, mengumumkan bahawa permainan mereka yang sebelum ini dikenali sebagai Battle for Randland kini ditukar nama kepada Heroes and Forsaken: The Wheel of Time Digital Card Game.

 

Langkah ini dibuat selepas menerima maklum balas daripada komuniti pemain dan industri yang mahukan nama yang lebih jelas dan menggambarkan tema sebenar permainan.

“Kami bertanya kepada pemain, pencipta game dan rakan industri untuk maklum balas yang jujur. Mereka berikan pandangan, dan kami dengar.” kata pasukan Witsteen. “Heroes and Forsaken menerangkan dengan tepat apa yang akan dialami pemain. Pilih pemimpin kamu, berdiri bersama Cahaya, atau sertai pihak Forsaken.”

Perubahan nama ini disertakan dengan kemas kini visual seperti logo, promosi dan laman rasmi di semua saluran digital.

Namun, Witsteen menegaskan bahawa tiada perubahan pada visi, lesen, dan asas permainan. Pemain yang sudah membuat wishlist di Steam atau pra-daftar di Google Play tidak perlu risau kerana penyertaan mereka akan diteruskan di bawah nama baharu ini.

Selain itu, Witsteen turut mengumumkan penangguhan pelancaran permainan tersebut ke suku pertama tahun 2026.

Penjadualan semula ini memberi ruang kepada pasukan Witseen untuk memperkemas keseimbangan kad, mempertingkat kestabilan perkhidmatan dalam talian dan memastikan persembahan visual berada pada tahap yang terbaik.

Heroes and Forsaken ialah permainan kad digital kompetitif yang berlatarkan dunia epik The Wheel of Time. Pemain boleh membina dek mengikut identiti pemimpin dan bertarung dalam perlawanan pantas yang menonjolkan pertarungan antara Cahaya dan Forsaken.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, pemain boleh melayari heroesandforsaken.com, pra daftar di Google Play atau wishlist di Steam

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Steam Luluskan Refund Call of Duty: Black Ops 7 Selepas Pemain Dakwa Tidak Puas Hati Dengan Penggunaan AI

November 18, 2025
Games

FATAL FRAME II: Crimson Butterfly REMAKE Bakal Hantui Semula Dunia Gaming Mac 2026

November 12, 2025
Games

Screamer Dedah Sistem ‘Echo’

November 10, 2025
Games

7 Game Percuma Dengan Visual Setanding AAA

November 6, 2025
Games

“Edge of Memories” Umum Untuk PS5 Pada Musim Bunga 2026

November 6, 2025
Games

ERROR: Ai.lien Bakal Hadir 2026 — Kisah Cinta Bersama AI yang Menjadi Mimpi Ngeri

November 5, 2025
Next Post

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

  • 313 Followers

Recommended

Dari Las Vegas ke Seoul: Sekilas Pandang Lokasi Acara SAMSUNG Galaxy Unpacked Sebelumnya Dari 2010 Hingga 2023

July 25, 2023

Pengeluaran Hibrid Perodua Ativa Kini Rasmi, Terhad Kepada Pelanggan Yang Terpilih.

September 28, 2022
Foto: Phone World

Nantikan WhatsApp Bakal Punya Mod Gelap

March 29, 2019
Foto: Instagram

Instagram Checkout Platform Membeli-Belah Terbaru?

March 21, 2019

[Laporan] Kualiti Streaming Video di Malaysia Termasuk Paling Teruk Di Dunia

November 13, 2018

Motorola Perkenalkan Telefon Bimbit Fleksibel di MWC 2024, Boleh Digulung Menjadi Gelang

February 27, 2024
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.