Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

RVM Pintar 5 Dalam 1, Inovasi Hijau Selangor Galak Masyarakat Kitar Semula

by Ayu Ieranatasya
October 8, 2025
in Berita
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

KDEB Waste Management (KDEBWM) memperkenalkan mesin kitar semula, Reverse Vending Machine (RVM) Pintar 5 Dalam 1 yang pertama di Malaysia. Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati ganjaran wang tunai sebagai insentif penyertaan dalam aktiviti kitar semula.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir, berkata mesin berteknologi tinggi ini telah mula beroperasi di Taman Wawasan, Puchong sejak Ogos lalu sebagai projek perintis sebelum diperluas ke seluruh negeri Selangor.

“Mesin ini dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna mengitar semula lima jenis bahan utama iaitu plastik, kertas, aluminium, kotak, dan minyak masak terpakai. Setiap mesin mampu menampung sehingga 750 kilogram bahan kitar semula sehari. Jika penuh, sistem akan memaklumkan pusat kawalan untuk kutipan segera,” jelasnya seperti dipetik oleh Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KDEB Services Sdn Bhd dan HMA Digital Malaysia, di Ibu Pejabat KDEBWM, Seksyen 14, Shah Alam.

Ramli turut menjelaskan bahawa mesin RVM Pintar 5 Dalam 1 ini menggunakan sensor pintar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan seperti menambah air dalam minyak atau menggunakan objek berat untuk meningkatkan timbangan. Bagi aspek keselamatan, mesin turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan vandalisme dan penyalahgunaan.

Katanya lagi, pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit, kemudian memasukkan bahan kitar semula ke dalam mesin yang akan menimbang dan merekodkan nilai secara automatik. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pengguna selepas transaksi dibuat.

“Contohnya, jika bahan kitar semula bernilai RM38, jumlah itu akan dikreditkan terus ke akaun pengguna secara automatik. Melalui cara ini, kami mahu masyarakat melihat bahawa sisa bukan sekadar sampah, tetapi sumber yang bernilai,” tambahnya.

Sasaran KDEBWM adalah untuk memasang 100 unit mesin RVM Pintar 5 Dalam 1 di seluruh Selangor pada suku pertama tahun hadapan. Antara lokasi yang dikenal pasti termasuk pejabat kerajaan, pasar raya, rumah ibadat dan dewan komuniti bagi memudahkan capaian masyarakat.

Kerjasama strategik bersama HMA Digital Malaysia turut mengangkat syarikat itu sebagai rakan teknologi dan pelaksana utama dalam pembangunan sistem RVM berkenaan.

Ramli menegaskan, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada langkah strategik KDEBWM untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan kitar semula secara konsisten serta menyokong aspirasi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menyasarkan kadar kitar semula sebanyak 15 peratus.

Pelancaran RVM Pintar 5 Dalam 1 ini bukan sahaja memperkukuh komitmen KDEBWM terhadap inisiatif hijau dan pembangunan mampan, tetapi juga mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memacu Selangor ke arah negeri hijau dan lestari.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Berita

Rakyat Palestin Derita Cuaca Sejuk & Hujan Lebat, Gaza Semakin Tenat

November 17, 2025
Next Post

MATRADE & China Construction Bank Catat 95 Hasrat Kolaborasi Baharu di CAEXPO 2025

  • 313 Followers

Recommended

GTA 6: Peminat Yakin Trailer 3 Akan Tiba November Ini

October 21, 2025

Pengeluaran Hibrid Perodua Ativa Kini Rasmi, Terhad Kepada Pelanggan Yang Terpilih.

September 28, 2022

Huawei Mate 10 Pro Tumpaskan iPhone 8 Plus Dan Samsung Note 8

October 20, 2017

Kenali Penyakit Bipolar: Tanda, Risiko & Cara Kenalpasti

November 5, 2025

Motorola Malaysia Mengumumkan Moto Z2 Play Bersama Moto Mods

July 10, 2017

Wow! Motosikal Terbang Untuk Anggota Polis Di Dubai

November 12, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.