TV

Barisan TV Baharu LG Memberikan Pengalaman Menonton Yang Tidak Tertandingi Melalui Teknologi AI

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati hiburan rumah termaju dengan pelancaran barisan TV pintar yang baharu daripada jenama peralatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG): LG OLED evo AI TV, LG QNED Mini-LED AI TV, dan LG QNED AI TV.

Menampilkan teknologi AI yang canggih, TV OLED dan QNED ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman tontonan anda dengan visual yang lebih mantap dengan ciri-ciri yang diperibadikan.

Untuk tahun ke-11 berturut-turut, LG terus mendominasi pasaran global OLED, dan TV terbaharunya yang terintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan AI tidak terkecuali. TV OLED dan QNED terbaharu LG dilengkapi dengan Pemproses AI α11 4K dan Pemproses AI α8 4K.

Penambahbaikan ketara ini meningkatkan kualiti gambar, audio, dan kelajuan pemprosesan. Pemproses AI α11 menyediakan pengguna TV OLED dengan peningkatan 70 peratus dalam prestasi grafik dan peningkatan 30 peratus dalam kelajuan pemprosesan.

Sementara itu, Pemproses AI α8 TV QNED memberikan peningkatan 1.3 kali ganda dalam prestasi AI, peningkatan 2.3 kali ganda dalam prestasi grafik dan kelajuan pemprosesan 1.6 kali lebih pantas.

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menyatakan keyakinannya dalam membawa teknologi terkini ini ke rumah pelanggan, menetapkan paiwai baru untuk kemampuan televisyen.

“Barisan TV terbaharu kami mewakili lonjakan ketara dalam teknologi hiburan rumah. Dengan mengintegrasikan keupayaan AI, kami menawarkan pengalaman menonton yang bukan sahaja lebih pintar malahan lebih peribadi dan lebih mengasyikkan. Di LG, kami komited untuk memastikan ‘Life’s Good’ untuk pelanggan kami, dan barisan produk yang dikeluarkan tahun ini adalah bukti dedikasi kami terhadap inovasi berterusan untuk kehidupan yang lebih baik,” kata Justin.

Kemuncak pelancaran ini ialah pengenalan LG OLED evo AI TV G4 terbesar di dunia bersaiz 97 inci. Tingkatkan pengalaman menonton yang tiada tandingannya dengan televisyen perintis ini yang menggabungkan teknologi OLED evo yang menakjubkan dengan keupayaan AI termaju, memberikan visual yang menakjubkan dan ciri pintar yang menyesuaikan diri dengan pilihan tontonan anda.

Skrin 97inci yang luas memastikan setiap perincian dihidupkan dengan kejelasan yang luar biasa dan warna-warna terang, meningkatkan hiburan rumah anda ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, and promosi terkini.

Tags