Telefon Pintar

Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga RM778,000 Menanti Di Roadshow HONOR Magic V2

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina, HONOR Malaysia akan menganjurkan Roadshow HONOR Magic V2 di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Tawaran diskaun hebat, hadiah percuma dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM778,000 menanti pengunjung di dua acara ini. Roadshow di Mid Valley Megamall akan berlangsung dari 21 hingga 25 Februari, diikuti Queensbay Mall dari 28 Februari hingga 3 Mac.

Roadshow di Mid Valley Megamall akan berlangsung dari 21 hingga 25 Februari,
Queensbay Mall dari 28 Februari hingga 3 Mac.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun sehingga RM1,000 untuk peranti HONOR yang terpilih. Bagi HONOR Magic V2, pembeli akan membawa pulang hadiah HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, HONOR CHOICE Watch, Pemegang Telefon Boleh Lipat Graviti Kereta dan Pelan Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari yang kesemuanya bernilai RM3,746.

Tawaran istimewa ini hanya eksklusif di dua roadshow berkenaan. Selain itu, HONOR turut menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan untuk pembelian HONOR Magic V2 dengan bayaran serendah RM291 sebulan*.

*Berdasarkan pelan ansuran 24 bulan dan tersedia untuk bank terpilih. Sila semak dengan kedai berkaitan atau bank anda mengenai ketersediaan pelan ansuran.

Lebih menarik lagi, HONOR menawarkan sebanyak 800 hadiah cabutan bertuah kepada pembeli apabila membuat pembelian mana-mana peranti termasuk HONOR Magic V2. Antara hadiah cabutan bertuah adalah HONOR Pad 8, HONOR Watch 4, HONOR CHOICE Earbuds X3, pembesar suara Bluetooth, Thermos tahan karat dan kredit RM50 Touch ‘n Go.

Pengunjung di dua lokasi roadshow ini boleh menebus secawan kopi sejuk dengan menyertai aktiviti di Experience Zone, manakala pembeli diberikan kopi panas percuma. Kopi tersebut berdasarkan siapa cepat dia dapat atau sementara stok masih ada.

Berikut senarai telefon pintar dan tablet HONOR pada harga promosi berserta hadiah percuma.

HONOR Magic V2 – Telefon Pintar Paling Nipis dan Ringan Di Dunia

Tampil dengan ciri baharu yang canggih dan reka bentuk premium, HONOR Magic V2 kini telefon boleh lipat pilihan usahawan elit tempatan. HONOR Magic V2 berharga RM6,999 didatangi dengan kapasiti storan besar 16+512GB serta ditawarkan dalam tiga warna premium pilihan iaitu Black, Purple dan Black (PU).

Telefon pintar Pilihan Terbaik Era Baru ini mempunyai berat 231g dan ketebalan 9.9mm apabila dilipat. HONOR Magic V2 adalah telefon lipat pertama yang mencatat ketebalan di bawah 1cm, membuktikan satu pencapaian inovasi dalam segmen telefon boleh lipat.

HONOR Magic V2 dikuasakan dengan bateri silikon karbon 5000mAh dan disokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge. Selain itu, peranti ini juga dilengkapi teknologi Pemalapan PWM 3840 yang terbaik dalam industri untuk menjaga kesihatan mata.

Telefon boleh lipat ini didatangi tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra Lebat 50MP dan Kamera Telefoto 20MP bersama Dwi Kamera Hadapan 16MP. HONOR Magic V2 berfungsi seperti tablet apabila dibuka, sekaligus sangat efisyen untuk membuat pelbagai tugasan, bermain permainan mudah alih, dan berhibur.

Saksikan Pelancaran Global HONOR Magic6 Series dan HONOR Magic V2 RSR

Sementara itu, HONOR akan melancarkan flagship terbaharu Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR di Kongres Mudah Alih (MWC 2024) yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan.

Saksikan pelancaran peringkat global ini secara langsung di laman web HONOR di  https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 dan peranti HONOR boleh kunjungi

https://www.hihonor.com/my/.

Tags