Teknologi merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian kita semua dalam era digital yang serba pantas pada hari ini. Dengan memahami keperluan untuk mencapai keseimbangan antara penggunaan dunia digital dan keselamatan anak-anak kita, myFirst kini memperkenalkan empat gajet mesra kanak-kanak baharu dan inovatif.
myFirst berpandukan misi untuk mencipta alat inovatif yang memenuhi keperluan unik kanak-kanak di samping memahami keselamatan yang ibu bapa mahukan. Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita sering berhadapan dengan maklumat yang bercanggah tentang kesan gajet terhadap kanak-kanak.
Sesetengah kajian menunjukkan kesan negatif dalam pelbagai aspek, namun ada juga yang menghuraikan potensinya dari segi pembelajaran dan tumbesaran kanak-kanak. Untuk jaminan perjalanan teknologi yang selamat untuk kanak-kanak, myFirst menangani keperluan kritikal untuk menyediakan teknologi ini.
Mereka komited untuk memastikan kanak-kanak terdedah kepada teknologi dan menggunakannya dengan cara yang bermanfaat.
Sebagai permulaan, aplikasi komuniti sosial “myFirst Circle” untuk kanak-kanak yang menghubungkan hampir 30,000 pengguna dari 100 negara, dikemas kini dengan fungsi interaktif yang menarik, seperti “Momojis” untuk komunikasi secara ekspresif dan “Knock-Knock” untuk berkongsi detik menggembirakan dengan keluarga pada masa nyata.
myFirst Circle dilancarkan pada bulan Januari 2023 kerana pengasasnya melihat jurang dalam ketersediaan platform digital yang membolehkan kanak-kanak bersosial dengan persekitaran yang selamat dan terkawal.
Tersedia untuk jam tangan pintar dan telefon mudah alih, aplikasi myFirst Circle 2.0 memperkenalkan pelbagai ciri interaktif yang menyeronokkan seperti “Momojis” yang membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka melalui emoji bergerak dan “Knock-Knocks” di mana kanak-kanak boleh segera membalas panggilan atau “nudges” dari ibu bapa melalui video pendek atau foto.
Penjejak lokasi pintar baharu menawarkan pemantauan aktiviti semasa dan lokasi anak-anak kepada ibu bapa untuk ketenangan fikiran sepanjang hari.
Pengasas myFirst, G-Jay Yong berkata, “Kami ingin memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai dunia media sosial sambil memastikan kami dapat membimbing mereka di sepanjang perjalanan mereka. Pada hari ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan myFirst Circle 2.0, bersama-sama dengan peranti baharu kami – myFirst Fone R2, myFirst Frame Doodle dan myFirst Frame Live.
myFirst Fone R2 menawarkan reka bentuk yang moden serta paparan skrin yang menakjubkan, manakala myFirst Frame Doodle ialah tambahan yang bukan sahaja meningkatkan pengalaman digital kanak-kanak tetapi juga memberikan datuk dan nenek peluang untuk berhubung dengan cucu mereka dengan mudah, sekaligus memupuk hubungan kekeluargaan yang bermakna.”
Dia menambah,
“Melalui aplikasi Circle, saya sering memantau perjalanan anak perempuan saya dan memahami aktiviti hariannya, sama ada semasa waktu makan tengah hari, sebelum tidur, atau sewaktu saya perlu bekerja lebih masa atau perlu ke luar negara. Inspirasi di sebalik fungsi “Knock-Knock” adalah keinginan saya untuk berkongsi detik-detik ini dengan mudah. Kini, saya boleh memantau dan dia akan membalas mesej yang menghiburkan, contohnya apabila dia memaklumkan sedang menikmati semangkuk strawberi di rumah. Ianya nampak ringkas tetapi efektif untuk mengeratkan hubungan di antara kami, tidak kira di mana kami berada.”
Sebelum ini, myFirst Fone R1, S3 dan R1s, jam tangan telefon pintar muzik 4G LTE pertama kami telah memasuki pasaran pada November 2020 (R1), Disember 2021 (R1s) dan Februari 2023 (S3) sebagai teknologi yang memperkasakan kanak-kanak sambil memastikan mereka selamat.
Selain itu, sejajar dengan rangkaian produk audio kami, myFirst turut menawarkan fon kepala myFirst BC Wireless, BC Wireless Lite, myFirst CareBuds dan myFirst Headphones AirWaves yang memberikan pengalaman muzik dan audio telinga terbuka. Teknologi ini memastikan tahap audio ditetapkan pada kelantangan yang sesuai untuk melindungi telinga kanak-kanak sambil memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://myfirst.tech/.