Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Bisnis

AEON BANK Dilancarkan Sebagai Bank Digital Islamik Pertama Di Malaysia

by Phic Arman
May 27, 2024
in Bisnis
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

EON Bank (M) Berhad dengan berbesar hati mengumumkan pelancarannya pada 26 Mei 2024, lantas merasmikannya sebagai bank digital Islamik pertama di Malaysia. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada 26 Mei 2024 di Dewan AEON, AEON Mall Shah Alam, dengan kehadiran Tetamu Kehormat, YBhg.

Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan; YM Raja Teh Maimunah, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad; Shunsuke Shirakawa, Pengerusi AEON Financial Service Co., Ltd., Jepun; Mitsugu Tamai, Pengarah dan Pegawai Urusan Eksekutif AEON Financial Service Co., Ltd., Jepun; Daisuke Maeda, Pengarah Urusan, AEON Credit Service (M) Berhad; Tomokatsu Yoshitoshi, Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AEON Bank (M) Berhad; di samping Ahli Lembaga Pengarah dan kenamaan daripada institusi kewangan, perbankan dan badan kawal selia, serta rakan utama perniagaan dan para-para tetamu khas.

Pada masa ini, AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti Akaun Simpanan-i (Savings Account-i) dan Savings Pot dengan ciri pengoptimuman yang boleh diperibadikan, pengurusan bajet dan banyak lagi ciri-ciri menarik pada masa akan datang. Para pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank x Visa maya mereka dan juga memohon Kad Debit-i fizikal.

“Kami berasa amat bersyukur diberikan kepercayaan untuk membangunkan bank digital Islam sepenuhnya yang pertama Malaysia. Pelancaran AEON Bank pada hari ini merupakan pencapaian yang sangat bermakna untuk Kumpulan AEON (AEON Group) di Malaysia, khususnya selepas 40 tahun kewujudannya di negara ini. Matlamat kami ialah untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh Syariah yang selamat, mudah dan inklusif kepada semua rakyat Malaysia.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para pelanggan di atas sambutan positif yang amat menggalakkan setakat ini. Kini, kami berada dalam fasa awal pelancaran dan akan terus memperkenalkan lebih banyak produk perbankan dan ciri aplikasi untuk pelanggan perbankan peribadi. Dari semasa ke semasa, kami juga akan terus memperkembangkan produk dan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pelanggan termasuklah bagi usahawan perniagaan mikro,” kata Raja Teh Maimunah, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad.

Eksklusif sepanjang tempoh kempen pelancaran, para pelanggan AEON Bank yang mengaktifkan akaun mereka layak menikmati bonus pendaftaran 3,000 mata ganjaran AEON dan tiga kali ganda mata ganjaraan AEON menerusi transaksi yang menggunakan Kad Debit-i AEON Bank x Visa, di samping kadar keuntungan 3.88% setiap tahun.

Selain itu, para pelanggan yang merupakan ahli Program Mata Ganjaran AEON dapat memautkan keahlian mereka dengan aplikasi AEON Bank (M), justeru membolehkan mereka untuk menikmati kelebihan dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran di kedai dan rakan perniagaan Kumpulan AEON, termasuk AEON Mall, AEON Supermarket, AEON Wellness, La Boheme Bakery, AEON Fantasy dan banyak lagi, sekaligus memberi nilai tambah serta kemudahan buat pelanggan melalui ekosistem AEON yang lebih luas dan menyeluruh. Mata ganjaran AEON yang dikumpul kemudiannya boleh ditebus kepada nilai ganjaran tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank (M) pelanggan tersebut.

Untuk kempen pelancaran yang berlangsung di Ruang Legar AEON Mall Shah Alam dari 23 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024, AEON Bank menjangkakan lebih 10,000 Ahli AEON dan para pelanggan, dengan keceriaan aktiviti-aktiviti seperti persembahan istimewa, aktiviti mesra keluarga yang menyeronokkan, hadiah barangan eksklusif, serta diskaun makanan dan minuman oleh rakan jenama yang mengambil bahagian. Kemeriahan ini akan diteruskan dengan jelajah jerayawara di seluruh negara iaitu di Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Sarawak dari Jun hingga November 2024.

AEON Bank komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang boleh diakses oleh semua, termasuk untuk komuniti yang termaginalisasi serta mereka yang sebelum ini sukar untuk mendapat perkhidmatan perbankan. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam mengejar aspirasi mereka dan mencapai ketakbersandaran ekonomi, lantas memangkin masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank dan ikuti akaun rasmi AEON Bank di media sosial.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Selera

Important things to do before switching from iPhone X to Google Pixel 3XL

October 19, 2025

First look at the new Android 9 “Pie” on the Samsung Galaxy S9

October 18, 2025

OnePlus 6T Review: Maintaining the status quo, at the moment

Google Pixel 3 camera bug brings back Nexus 5 nightmares

October 15, 2025
Self Help

Samsung Galaxy Watch vs. Apple Watch Series 4: Which should you buy?

October 11, 2025

How to take a screenshot, edit, and share on the Galaxy S9 CAPTURE

October 10, 2025
Next Post

Ciri-ciri Utama HONOR 200 Pro, Telefon Pintar Flasghip Estetik AI Didedahkan

  • 313 Followers

Recommended

AirAsia X Raikan 18 Tahun Dengan Tawaran Tiket Murah Ke Banyak Tempat Menarik!

October 28, 2025

Belanjawan 2026: Bantuan Awal Persekolahan Diperluas Demi Pendidikan Inklusif

October 14, 2025
SAN ANSELMO, CALIFORNIA - JULY 05: In this photo illustration, the Threads logo is displayed on a cell phone on July 05, 2023 in San Anselmo, California. Instagram parent company Meta is set to release Threads on July 6, a potential rival to Twitter, the fledgling social media app run by Tesla CEO Elon Musk. (Photo Illustration by Justin Sullivan/Getty Images)

Mark Zuckerberg Mendedahkan Threads Akan Memperkenalkan Carian dan Ciri Web

August 7, 2023

LAZADA Mengumumkan Jualan 9.9 Mega Brands Dengan Beraneka Jenama Terkemuka

September 4, 2023

Honor 8X Review: The best looking mid-range smartphone on the market

Foto: Apple Support

Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?

November 7, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.