Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Peranti

HONOR Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2

by Phic Arman
May 16, 2024
in Peranti, Telefon Pintar
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 adalah peranti pertama untuk menerima kemas kini ini. Program ini menawarkan akses awal kepada kemas kini Android terkini untuk pembangun HONOR bagi membolehkan mereka menguji ciri-ciri baru dan meningkatkan keserasian aplikasi mereka pada telefon pintar flagship HONOR.

Pengalaman pengguna bertambah baik dengan Android 15 akan datang yang termasuk sekuriti dan privasi dipertingkat dan pengurusan sumber peranti dioptimumkan.

Privasi dan Sekuriti Dioptimumkan

Dengan Android 15, pengguna boleh melindungi maklumat peribadi mereka dengan kawalan lebih baik dalam persekitaran peranti yang lebih selamat. Ia memperkenalkan SDK Sandbox bagi membolehkan perkhidmatan seperti pengiklanan beroperasikan dalam Sandbox, seterusnya menghalang aplikasi pihak ketiga daripada mengumpul data peribadi pengguna.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman privasi pengguna, Android 15 memperkenalkan Penunjuk Privasi (Privacy Indicator) bersama portal pengurusan kebenaran baru supaya pengguna lebih menyedari status perlindungan privasi mereka apabila mengurus dan memberi kebenaran untuk ciri-ciri seperti kamera atau mikrofon.

Prestasi dan Peningkatan Kuasa

Android 15 terus memperhalusi Android Dynamic Performance Framework (ADPF) untuk mengurus aplikasi penggunaan kuasa yang intensif seperti Aplikasi Permainan berinteraksi dengan sistem kuasa peranti. Ianya bertujuan membantu peranti bertindak balas dengan lebih baik terhadap penggunaan pada GPU, CPU dan sistem penyejukan, pada masa sama membantu aplikasi menjalankan tugas latar belakang yang memakan masa lama beroperasi kuasa dengan cekap.

Selain itu, Android 15 mengoptimumkan lagi ciri diperibadikan. Sebagai contoh, bagi penangkapan gambar menerusi aplikasi media sosial, kamera dalam aplikasi kini boleh mengawal keamatan flash. Pembangun boleh menggunakan Android API, alatan dan sumber yang disediakan Google untuk mengoptimumkan lagi lebih banyak senario pengguna diperibadikan.

Kemas kini Beta 1 Android 15 kini boleh diakses untuk HONOR Magic6 Pro dan telefon boleh lipat HONOR Magic V2. HONOR Magic6 Pro terkenal dengan Kamera Falcon, MagicLM pada peranti dan pengalaman AI berasaskan niat yang mewakili sektor peranti pintar dalam industri AI.

HONOR Magic V2 menembusi sempadan antara telefon standard dan telefon boleh lipat. Buat pertama kali, ketebalan telefon boleh lipat mencapai bawah 10mm, sekaligus menjadikan HONOR Magic V2 telefon boleh lipat paling ringan dan nipis di dunia. Kedua-dua HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 dijamin menerima 4 kemas kini utama MagicOS dan 5 tahun kemas kini sekuriti untuk pengguna di seluruh dunia.

HONOR secara proaktif menyokong pembangun dalam menyesuaikan dan mengoptimumkan aplikasi mereka untuk sistem pengendalian Android dan memberikan pengalaman pengguna terbaik. Kini, Beta 1 Android 15 sudah tersedia untuk pembangun mempertingkatkan keserasian dan pembangunan aplikasi untuk versi Android seterusnya. HONOR akan terus menyokong pembangun dengan kemas kini seterusnya kepada Android 15 Beta tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR di www.honor.com/my/

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Anak Guna Telefon Pintar 17 Jam Di Rumah? Ibu Bapa Kena Lebih Peka!

October 23, 2025
PEEK DAILY

Tahukah Anda Tentang Nomophobia? Ketakutan Apabila Tiada Telefon di Tangan

October 9, 2025
Peranti

HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

May 4, 2025
Telefon Pintar

Ciri-ciri Utama HONOR 200 Pro, Telefon Pintar Flasghip Estetik AI Didedahkan

June 7, 2024
Telefon Pintar

HONOR Melancarkan Tiga Flagship Siri Magic Baharu, Harga Bermula Dari RM4,499

March 21, 2024
Telefon Pintar

Motorola Perkenalkan Telefon Bimbit Fleksibel di MWC 2024, Boleh Digulung Menjadi Gelang

February 27, 2024
Next Post

AEON BANK Dilancarkan Sebagai Bank Digital Islamik Pertama Di Malaysia

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Finances Online

Dunia Teknologi Tampil Sophisticated? 6 Sunglass Paling Mahal Di Dunia

November 27, 2018

Ini Perbandingan Harga Apple iphone X di Malaysia & Negara Lain

October 15, 2017

Prasarana Harap Inisiatif Pas Perjalanan Tanpa Had My50 Diteruskan Dalam Belanjawan 2026

October 9, 2025

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025

‘Claymore’ Ditarik Keluar Dari Crunchyroll, Kini Tiada Lagi Platform Sah Untuk Ditonton

October 22, 2025

Kerajaan Perak Komited Bantu Pelajar, Program Makanan Percuma TCS Diteruskan Tahun Ini

October 30, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.