Telefon Pintar

HONOR X9b: Telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut Mampu Tahan Tembakan Peluru Sebanyak 2500 Kali

Menambahkan lagi rasa teruja terhadap HONOR X9b yang akan dilancarkan tidak lama lagi, HONOR Malaysia telah menjemput pengamal media Malaysia menyertai ujian eksklusif di Nemesis Legion Paintball Academy untuk menguji ketahanan HONOR X9b dengan menembaknya dengan menggunakan paintball.

HONOR X9b – Menahan Serangan Peluru Paintball dan lebih lagi Ujian rintis ini melibatkan 80 peserta, dengan jumlah keseluruhan 2,500 das peluru paintball ditembak ke arah HONOR X9b. Sesuai dengan tema Tahan Lasak Semua Sudut, maka tidak hairanlah HONOR X9b kelihatan langsung tidak terjejas akibat tembakan, membuktikan ketahanannya yang tiada tandingan dan dapat meyakinkan kenyataan tentang daya tahannya terhadap peluru.

Lebih menarik, media di lapangan menembak berasa teruja untuk berkongsi pengalaman mereka, kebanyakannya memuji pembuatan HONOR X9b yang mengagumkan, terutamanya mengenai kekuatannya menghadapi situasi mencabar.

Dianugerahkan sebagai telefon pintar pertama dunia memperoleh pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland, HONOR X9b mengukuhkan reputasinya sebagai telefon pintar paling tahan lasak sehingga hari ini.

Mengukuhkan lagi bukti tentang ketahanannya, media dalam majlis yang sama diberi peluang melakukan ujian selanjutnya, kali ini memecahkan papan kayu menggunakan HONOR X9b. Menakjubkan, telefon ini berjaya menghancurkan jumlah 200 keping papan kayu, sekaligus menguatkan lagi reputasinya sebagai telefon paling kukuh. Inilah ketahanan maksimum sebenar!

Pelancarannya akan berlangsung tidak lama lagi dan peminat tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut tentang HONOR X9b, jadi ini 5 perkara yang kita boleh ketahui mengenai telefon pintar HONOR Tahan Lasak Semua Sudut:

1.) Ketahanan Peranti 360°:

Dengan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR, HONOR X9b mempunyai rintangan jatuh keliling, melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

2.) Perlindungan 3 Peringkat:

HONOR X9b memiliki struktur tiga lapisan pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan sekitar disekeliling skrin, dan perlindungan kedap dalam fiuslaj, bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman demi perlindungan yang tiada tandingan.

3.) Bahan Kusyen Canggih:

HONOR X9b tampil dengan bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuh sehingga 1.2 kali, memastikan peranti anda tetap selamat walau ketika situasi mencabar.

4.) Ketahanan Diiktiraf SGS:

HONOR X9b dengan bangganya memegang takhta sebagai yang pertama dunia mendapat pensijilan 5 bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland.

5.) Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari:

HONOR X9b merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

HONOR X9b – Tahan Lasak Semua Sudut

Kemeriahan semakin terasa dan HONOR dengan bangganya menjemput Malaysia turut serta dalam pengembaraan yang menakjubkan, membawa kelainan dalam penanda aras industri dari segi ketahanan. Tiada yang lebih menarik berbanding HONOR X9b, telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut yang akan tiba tidak lama lagi. Maklumat lanjut tentang HONOR X9b, sila layari:bit.ly/HONORX9bPR .