Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Aplikasi

GoCar Garage Tawar Perkhidmatan Ambil dan Pulang Secara Percuma

by Phic Arman
September 22, 2023
in Aplikasi, Bisnis, Gear, Keselamatan
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai servis berdasarkan kepada permintaan kini menawarkan perkhidmatan mengambil dan pulang GoValet secara percuma untuk menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan untuk menyelanggara kenderaan bermula sekarang hingga 31 Oktober 2023.

Boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, GoValet merupakan perkhidmatan dari pintu ke pintu yang akan mengambil dan memulangkan kereta yang telah diservis kepada pelanggan dalam jarak sehingga 40km.

Sepanjang tempoh kempen ini, perkhidmatan GoValet adalah percuma untuk jarak 10km pertama kereta diambil dan dipulangkan. Ia melibatkan semua kerja-kerja penyelenggaraan dengan pakej penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia seperti berikut:

Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak pelincir, satu penapis minyak, satu pembersih drain plug dan kos buruh. Tambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj berasingan.

Pelanggan boleh mengetahui lokasi rakan bengkel GoCar Garage yang mengambil bahagian dalam kempen servis penukaran minyak enjin TotalEnergies Quartz dan Rubia menerusi aplikasi mudah alih GoCar.

Telus tanpa sebarang kejutan

Menawarkan satu penyelesaian menyeluruh, GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual dan menempah temu janji servis dengan mudah, melihat perincian kerja-kerja yang akan dibuat dan melengkapkan pembayaran untuk pengalaman menyelenggara kenderaan yang cukup mudah.

Lebih penting lagi, pelanggan tidak perlu bimbang kerana tidak akan ada kos-kos tersembunyi atau caj yang mengejutkan. Ini kerana kerja-kerja hanya akan bermula selepas pelanggan meluluskan sebut harga berkaitan yang boleh dibuat melalui aplikasi GoCar atau laman web GoCar Garage.

Perlindungan enjin yang optimum, cekap dan tahan lasak

Dibina berasaskan pengalaman selama 60 tahun, minyak pelincir TotalEnergies Quartz telah diformulasi untuk memenuhi apa jua keperluan. Setiap formula menjalani penyelidikan, pembangunan dan ujian selama beribu-ribu jam.

Minyak enjin semi sintetik Quartz dengan teknologi Clean-Shield memastikan enjin 64 peratus lebih bersih berbanding had yang ditetapkan oleh industri. Manakala minyak pelincir sintetik penuh Quartz dengan teknologi Age-Resistance menawarkan perlindungan tiada tandingan dari segi kurang kehausan sehingga 74 peratus berbanding standard industri.

Minyak enjin TotalEnergies Rubia dengan teknologi Pro-Efficient pula melindungi dan meningkatkan kecekapan enjin diesel yang digunakan untuk tugas berat. Minyak enjin ini memastikan masalah kehausan mekanikal dapat dikurangkan dan selang penukaran minyak yang lebih lama. Ini sekali gus menjadikan jangka hayat enjin lebih lama, jarang rosak dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Rakan-rakan GoCar Garage dan Garage bersedia untuk menyelenggara kenderaan penumpang buatan tempatan, Jepun, Eropah dan jenama-jenama premium.

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janii servis, download aplikasi mudah alih GoCar atau layari laman web GoCar Garage.

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, layari laman web  atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Keselamatan

Satu Alat Yang Amat Diperlukan Semasa Berbasikal

November 21, 2025
Aplikasi

Australia Menjadi Negara Pertama Melarang Media Sosial?

November 13, 2025
Keselamatan

“Green Connector” : Adakah Ia Baik Atau Tidak?

November 6, 2025
Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
Selera

Important things to do before switching from iPhone X to Google Pixel 3XL

October 19, 2025

First look at the new Android 9 “Pie” on the Samsung Galaxy S9

October 18, 2025
Next Post

Jabra Elite 10: Fon Telinga Termaju untuk Kerja dan Kehidupan

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 20, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.