Gadget, Peranti

Sonos Memperkenalkan Move 2, Serba Baharu Dari Dalam dan Luar Untuk 
Menyampaikan Bunyi Stereo Yang Mendebarkan

TC Acoustic hari ini memperkenalkan Sonos Move 2, generasi pembesar suara Move baharu memberikan bunyi stereo yang lebih luas, jangka hayat bateri sehingga 24 jam, dan reka bentuk ultra kalis air yang sentiasa sedia untuk berparti. Penuh dengan inovasi bunyi dan peningkatan reka bentuk yang lestari, Move 2 adalah produk mudah alih yang paling mampan setakat ini dan yang pertama untuk membawa bunyi stereo ke luar rumah – samada makan malam ala fresco, berunggun api di bawah bintang atau berparti di tepi kolam.

Move 2 akan tersedia bermula 6 Oktober 2023 pada tanda harga RM2,799. Pra-pesanan boleh dilakukan melalui tcacoustic.asia pada 6 September, 9.00 malam dan Sonos Concept Store di The Starhill dari 7 September dan seterusnya.

“Sejak pelancarannya pada 2019, Move terus menjadi speaker terlaris dalam kategorinya hasil reka bentuk, fungsi yang versatil dan bunyi yang kuat,” kata Patrick Spence, Ketua Pegawai Eksekutif Sonos. “Kami berusaha untuk mencipta pengalaman yang memberi inspirasi kepada hubungan yang lebih mendalam tidak kira dengan siapa kita bersama atau di mana kita berada.

Move 2 membawa komitmen kami untuk menyediakan bunyi yang mendalam dengan memperkenalkan bunyi stereo kepada produk mudah alih kami yang paling popular, menampilkan akustik dan reka bentuk generasi seterusnya yang bermula pada keluarga Era.”

Powerhouse Mudah Alih Premium Yang Serba Lengkap

Move 2 dinaik taraf dari dalam dan luar dengan hardware dan software serba baharu dengan akustik next-gen untuk menyampaikan bunyi stereo yang lebar dan bass yang dalam tidak kira di mana anda mendengar.

Bunyi supercharged, kini dalam stereo: Move 2 dilengkapi dengan seni bina akustik yang dirombak sepenuhnya termasuk dwi-tweeter yang menyampaikan bunyi stereo yang luas dan vokal yang lebih jelas untuk membolehkan anda menghayati sepenuhnya persembahan seperti siaran langsung. Rasakan rentak dari woofer yang ditala dengan tepat untuk menghasilkan bass yang mendalam dan dinamik – walaupun digunakan di luar rumah.

Menyesuaikan ikut citarasa anda: Keupayaan Bluetooth dan WiFi serentak membolehkan fleksibiliti yang lebih tinggi – strim sepasang Move 2 melalui Bluetooth untuk meluaskan lagi ruang anda atau cuba menyatukan Move 2 dengan seluruh sistem Sonos anda melalui Wi-Fi.

Lebih kuasa untuk anda: Move 2 menawarkan hayat bateri sehingga 24 jam – dua kali ganda dari Move asal – dengan port USB-C yang boleh mengecas telefon atau elektronik anda di mana sahaja, menjadikannya teman yang sempurna untuk menggerakkan perjalanan hujung minggu atau aktiviti di luar bersama rakan dan keluarga.

Direka secara lestari untuk mengatasi sebarang pengembaraan: Move 2 mengurangkan penggunaan tenaga terbiar sebanyak 40%, menggabungkan plastik kitar semula, dan menggunakan bateri yang boleh ditanggalkan dan diganti untuk memanjangkan hayat produknya – semuanya dibungkus dalam pakej yang direka dengan prihatin dan menggunakan bahan dari sumber lestari, plastik sifar dan boleh dikitar semula.

Bunyi versatil yang boleh bergerak: Dengan reka bentuk ultra tahan lasak dan penarafan IP56, Move 2 dibina untuk menahan titisan, percikan, hujan, kotoran dan matahari. Dengan penalaan Trueplay automatik, Move 2 terus mengoptimumkan bunyi untuk persekitarannya, jadi anda akan sentiasa mendapat pengalaman mendengar terbaik tidak kira di mana anda berada.

Reka bentuk dan kawalan yang dipertingkatkan: Move 2 boleh didapati dalam warna Olive untuk melengkapkan estetika dalaman dan luaran neutral, serta warna Hitam dan Putih yang boleh digabungkan dengan produk Sonos lain. Move 2 menampilkan antara muka pengguna intuitif baharu yang sama seperti produk Era yang dilancarkan baru-baru ini, termasuk toggle volume kapasitif untuk kawalan yang lebih mudah atau Sonos Voice Control, Amazon Alexa, apl Sonos, Apple AirPlay2 dan Bluetooth® untuk main, pause, menyemak bateri anda dan banyak lagi.

Sambungkan ke semua kandungan kegemaran anda: Strim audio menggunakan WiFi atau Bluetooth dan buka pelbagai kemungkinan mendengar baharu dengan menyambungkan turntable, komputer atau sumber audio yang lain menggunakan Sonos Line-In Adapter.

Tags