Aplikasi

LazBeauty Awards 2023: Tawaran Sensasi Daripada Jenama Antarabangsa dan Tempatan Di Aplikasi Lazada

Pesonakan diri dengan ‘The Best of Beauty’ sempena anugerah LazBeauty Awards 2023 yang dipersembahkan khas oleh Lazada buat julung-julung kalinya. Ia merupakan satu keraian dalam talian yang amat dinanti-nantikan dan pastinya bakal menawan hati peminat produk kecantikan di seluruh negara.

Matlamat utama LazBeauty Awards adalah untuk menyerlahkan jenama terkemuka di LazMall dan produk kecantikan yang disyorkan, lantas memudahkan para pelanggan untuk mencari dan mendapatkan produk yang digemari di platform Lazada. Justeru itu, LazBeauty Awards 2023 telah menobatkan seleksi terpilih bagi produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan badan, serta peralatan kecantikan.

Sepuluh jenama telah dipilih sebagai pemenang, iaitu Bobbi Brown – Glamour, MAC – Trending, Origins – LazMall New Comer, Maybelline – Celebrity, Peripera – Stylish, Dyson – Advanced, Kerastase – Indulgence, Skintific – Malaysia Most Wanted, NIVEA – Functional dan Colgate – Timeless.

Keraian LazBeauty Awards akan bermula pada 18 Julai 2023, di mana pengguna boleh melayari pelbagai tawaran sensasi daripada jenama antarabangsa dan tempatan di aplikasi Lazada, kemudian dengan mudah memasukkan produk dalam wish list mereka ke troli, serta mendapatkan baucar hingga tarikh 20 Julai 2023. Keceriaan ekstravaganza akan digandakan pada 21 hingga 23 Julai 2023, di mana para pelanggan berpeluang untuk memperoleh lebih banyak ganjaran dan diskaun apabila membuat pembelian.

Tawaran Eksklusif daripada Sepuluh Jenama Pemenang dan Promosi Masa Terhad untuk Produk Kecantikan Berjenama

Para peminat produk kecantikan pastinya teruja dengan penjimatan hangat menerusi diskaun hingga 80% pada 21 – 23 Julai 2023 bagi pelbagai produk kecantikan. Jadi, jangan lupa untuk memasukkan produk wish list ke troli dan check-out pada tarikh kempen tersebut.

Malahan, Kegembiraan pastinya berganda dengan diskaun sebanyak 70% bagi pembelian kedua bagi produk terpilih, promosi di bawah RM19 untuk produk kecantikan terpilih, serta Hadiah dengan Pembelian (GWP) dan hadiah percuma. Jangan lupa untuk memanfaatkan ganjaran Lazada seperti pulangan tunai bernilai hingga RM25 dan Penghantaran Pantas dan Percuma (Fast and Free Shipping).

Di samping itu, Lazada turut membawakan promosi eksklusif oleh jenama pemenang LazBeauty Awards 2023. Bobbi Brown, MAC dan Origins bakal menggamit hati dengan tawaran diskaun sebanyak 40% untuk produk terpilih. Peminat jenama Peripera pula dapat menikmati diskaun sebanyak 55% untuk beberapa produk terpilih, manakala Maybelline dan Skintific pula pastinya menambat hati dengan promosi istimewa mereka. Para pelanggan juga akan mengukir senyuman ceria dengan tawaran diskaun sebanyak 50% daripada NIVEA dan Colgate.

Mereka yang telah kian lama mengidamkan produk Dyson pula kini berpeluang untuk menikmati penjimatan hebat bernilai hingga RM1,200, di samping baucar tunai bernilai RM500. Peminat Kerastase pula pasti teruja dengan Hadiah dengan Pembelian (10 pieces Gift with Purchase) serta potongan tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM250.

Para pelanggan juga digalakkan untuk mendaftar sebagai LazBeauty Club Member bagi menikmati pelbagai penjimatan dan faedah yang bakal menambat hati daripada jenama kegemaran mereka. Untuk maklumat lanjut tentang LazBeauty Awards 2023 dan tawaran hebat, klik pada ikon LazBeauty pada aplikasi Lazada atau klik di sini serta ikuti Lazada Malaysia di TikTok, IG, FB, Twitter dan YouTube.