Menjelang pelancaran Siri HONOR 90 Malaysia, HONOR Malaysia buat julung kalinya mendedahkan HONOR 90 yang dilengkapi dengan teknologi skrin Paparan Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko. Menurut standard IEEE Std 1789-2015, tahap bebas kerdipan berlaku apabila frekuensi pemalapan lebih tinggi daripada 3125Hz, namun frekuensi ultra tinggi HONOR 90 dengan Pemalapan PWM 3840Hz jauh melebihi standard yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Pensijilan TÜV Rheinland Flicker-free sekaligus menjadikannya peneraju industri dalam era pemalapan tanpa risiko.
HONOR 90 – Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko
Pengeluar telefon pintar kini sering fokus untuk mencapai resolusi, kadar segar semula dan tahap kecerahan yang lebih tinggi pada skrin. Bagaimanapun, usaha itu membuat mereka mengabaikan risiko kesihatan mata jika terdedah pada skrin terlalu lama. Ketika pengguna seronok menikmati pemadangan skrin OLED berdefinisi tinggi, mereka tidak sedar tentang kesan negatif kepada mata.
Dalam video eksperimen yang didedahkan HONOR, 102 unit OLED telefon pintar daripada pelbagai jenama dikumpul serentak untuk pemerhatian. Berdasarkan video itu, masalah kerdipan skrin OLED sangat serius ketika suasana gelap dan cahaya rendah. Kerdipan ini sangat bahaya kepada mata. Hampir setiap skrin mempunyai masalah kerdipan dan tidak disangkal pengguna menghadapi masalah ini setiap hari.
Kerdipan berfrekuensi rendah ini memberi kesan negatif dan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan mata termasuk gangguan penglihatan, ketegangan mata, keletihan, dan kabur.
Paparan Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko HONOR 90 yang dilengkapi dengan Pemalapan PWM 3840Hz Berfrekuensi Ultra Tinggi mampu menyelesaikan masalah ketepatan warna pemalapan DC ketika cahaya rendah, pada masa sama mengatasi masalah keletihan mata yang disebabkan oleh pemalapan PWM berfrekuensi rendah.
HONOR – Merintis keselamatan mata di atas dan di luar imaginasi
HONOR sentiasa menjadi peneraju dalam pemalapan PWM berfrekuensi tinggi. Pada tahun 2016, HONOR telah membangunkan makmal cahaya, fokus kepada usaha mengoptimumkan teknologi paparan dan mengurangkan impak cahaya skrin kepada pengguna. Pada tahun berikutnya, HONOR terus melakukan inovasi, dengan peranti seperti HONOR 50, HONOR Magic4 Pro dan HONOR Magic5 Pro yang menggabungkan pemalapan PWM frekuensi tinggi. HONOR 90 adalah kemuncak usaha berterusan untuk perlindungan mata, kerana ia memperkenalkan teknologi Perlingdungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko 3840Hz serta memperoleh pengiktirafan sijil TÜV Rheinland Flicker-free yang berprestij.
HONOR bertanggungjawab dalam menangani kebimbangan kesihatan mata pengguna dan telah mencipta penyelesaian skrin telefon pintar paling canggih dengan menggabungkan keupayaan perkakasan dan algoritma perlindungan mata dikuasakan AI. HONOR kekal komited untuk membangunkan penyelesaian perlindungan mata yang mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan telefon mudah alih yang berpanjangan, memastikan penghasilan produk terbaik untuk pengguna.
Nantikan Pelancaran Siri HONOR 90 Malaysia
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelancaran ini! Jadilah yang pertama untuk mengetahui tentang kehebatan telefon pintar harga pertengahan HONOR 90 dengan revolusi fotografi dan paparan lain dari yang lain. Tandakan kalendar anda pada 20 Julai ini pukul 8 malam dan saksikan pelancaran HONOR 90 – hanya di Facebook HONOR Malaysia.