Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Gear

GARMIN Memperkenalkan Siri epix Pro dan Siri fēnix 7 Pro

by Phic Arman
July 14, 2023
in Gear, Wear, Wearables
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia baru-baru ini melancarkan siri epix Pro, jam tangan GPS pintar generasi baharu yang berprestasi tinggi dengan paparan AMOLED yang cukup bersinar dan siri fēnix 7 Pro Series, jam tangan pintar GPS pelbagai sukan premium yang dilengkapi pengecasan solar, direka untuk memacu prestasi para atlet dan mereka yang sukakan cabaran.

Tawaran terbaharu siri epix Pro

  1. Tiga pilihan saiz tersedia bagi keselesaan pemakaian pelbagai saiz pergelangan tangan.
  2. Lampu suluh LED terbina dengan keamatan cahaya yang boleh diubah dan mod strob untuk kepekaan terhadap persekitaran sekeliling yang lebih baik apabila berlatih dalam suasana gelap.
  3. Mod Red Shift yang menukarkan warna paparan kepada rona kemerahan untuk membantu pemakai menyesuaikan diri dengan persekitaran gelap dan mengurangkan gangguan kitaran waktu tidur.
  4. Kekal aktif dengan beberapa dozen aktiviti baharu yang telah ditetapkan termasuk bola sepak, bola keranjang, sukan beraket, sukan berkuda dan pelbagai lagi.
  5. Tingkatkan kefahaman tentang tahap kecergasan menerusi fungsi latihan lanjutan seperti skor kecuraman dan skor ketahanan.
  6. Para pelari yang memanfaatkan fungsi Up Ahead kini boleh menyaksikan beberapa titik tempat menarik (POI), seperti stesen bantuan, langsung di atas paparan peta untuk memberikan maklumat awal kepada para pelari tentang kewujudan titik-titik tersebut di sepanjang laluan mereka.
  7. Pengesan kadar degupan jantung yang dioptimumkan menawarkan pemantauan prestasi pelbagai sukan yang lebih diperkasakan.
  8. Tindanan peta cuaca baharu yang membolehkan pemakai mendapatkan maklumat
    mengenai tinjauan cuaca dari semasa ke semasa
  9. Teduhan relief membolehkan peta topografi lebih mudah dibaca.

Tawaran terbaharu siri fēnix 7 Pro

  • Lampu suluh LED terbina: Boleh didapati dalam semua pilihan saiz, keamatan cahaya yang boleh diubah, lampu keselamatan berwarna merah dan mod strob membantu meningkatkan kepekaan pemakai terhadap persekitaran sekeliling semasa berlatih dalam suasana gelap.
  • Paparan MIP generasi baharu: Piksel yang direka semula, lampu latar dan panel solar yang membantu menambah baik kebolehbacaan dalam ruang tertutup, menyediakan kecerahan yang dipertingkatkan; kecekapan kuasa dan kebolehsesuaian dengan pelbagai pencahayaan yang berbeza—kesemuanya tidak menggugat prestasi cahaya matahari paparan MIP yang luar biasa.
  • Pengesan kadar degupan jantung: Pengesan optik yang diperkasakan dan algoritma sukan spesifik menawarkan pemantauan prestasi yang lebih baik untuk rangkaian aktiviti yang lebih meluas, membolehkan kefahaman tentang bagaimana tubuh badan bertindak balas kepada sukan dengan lebih mudah.
  • Skor ketahanan: Nilaikan betapa mudahnya untuk meneruskan usaha-usaha yang berpanjangan dan dalam masa yang sama mengambil kira tentang data latihan seperti VO2 max, beban latihan jangka pendek dan jangka panjang dan bermacam lagi daripada semua aktiviti sukan yang lain.
  • Skor kecuraman: Nilaikan betapa mudahnya untuk berlari mendaki bukit dan ketahanan larian pada pendakian curam yang panjang, sambil menilaikan kemajuan dari semasa ke semasa berdasarkan VO2 max dan sejarah latihan.
  • Up Ahead: Lihat beberapa jenis titik tempat menarik (POI), seperti stesen bantuan, langsung terpapar dalam peta untuk memberikan maklumat awal kepada para pelari tentang kewujudan titik-titik tersebut di sepanjang laluan mereka. Tindanan peta cuaca: Paparan tinjauan cuaca yang lebih mudah diakses.
  • Teduhan relief: Peta topografi yang mudah dibaca.

Aktiviti tambahan yang telah dimuat naik: Arung jeram, motocross, sukan darat dan berdozen aktiviti baharu yang lain membantu para pemakai untuk kekal aktif.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Life

Rahsia Wanita Berhijab Nampak Anggun Walaupun Gaya Simple

November 11, 2025
Bisnis

TOYOTA ECO YOUTH Edisi Ke-23 Terus Merperkasakan Generasi Dalam Dalam Isu Alam Sekitar Yang Mampan

May 14, 2024
Acara

Harga Bermula RM179,800, Sime Darby Motors Lancar BYD SEAL di Malaysia

February 22, 2024
Audio

myFirst Memperkenalkan Empat Produk Baharu, Membawa Teknologi Selamat dan Bermanfaat untuk Kanak-kanak Malaysia

January 29, 2024
Gear

Menangi Percutian ke Korea Dengan Kempen Joyful Journeys GoCar

January 22, 2024
Aplikasi

GoCar Garage Tawar Perkhidmatan Ambil dan Pulang Secara Percuma

September 22, 2023
Next Post

HONOR Malaysia Bakal Lancar Tiga Produk Serentak

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Bayaran Masuk 18 Disember- Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji

November 20, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 20, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.