Adakah anda berminat dengan pembangunan permainan video? Adakah anda mempunyai idea permainan inovatif yang menunggu untuk direalisasikan? Ini adalah berita baik untuk anda! RedGames, hab permainan airasia Superapp, sangat teruja untuk mengumumkan RedGames Jam yang dianjurkan buat pertama kalinya. Pertandingan ini adalah kerjasama dengan UOW Malaysia, dengan sokongan daripada Persatuan Pembangun Permainan Antarabangsa (IGDA) Malaysia dan SEGA.
Berlangsung dari 28 Julai hingga 30 Julai 2023, di kampus UOW Malaysia Glenmarie, RedGames Jam ialah pertandingan berasaskan pasukan yang mana peserta akan membentuk pasukan sehingga lima orang ahli untuk mencipta permainan yang boleh dimainkan dalam tempoh masa 48 jam terhad. Acara ini menggalakkan peserta untuk mengeluarkan kreativiti mereka dan membangunkan permainan yang mampu menarik minat orang ramai dalam genre seperti pengembaraan, arked, aksi atau permainan teka-teki.
Kepada yang berminat boleh klik link di sini untuk mendaftar. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan dan terma dan syarat lain, klik di sini.
Rudy Khaw, Ketua Pegawai Eksekutif, airasia brand co.,
“Kami teruja untuk menganjurkan RedGames Jam oleh airasia Superapp yang pertama. Pertandingan ini memberi platform kepada komuniti pembangunan permainan di Asean untuk mempamerkan bakat kreatif dan teknologi mereka sambil memberi kami peluang untuk memperkenalkan IP asli baharu melalui RedGames di airasia Superapp.”
RedGames is a growing collection of 50+ free-to-play games in airasia Superapp that includes the original games BIGGIE Wonderland and T.A.G. (The Asean Games) Police Sentri in partnership with Todak Studios. Click on the “Chat” icon and select “RedGames” to start playing now.
RedGames adalah koleksi yang semakin meningkat dan mempunyai lebih 50+ permainan percuma untuk dimainkan di airasia Superapp yang merangkumi permainan asal BIGGIE Wonderland dan T.A.G. (The Asean Games) Polis Sentri dengan kerjasama Todak Studios. Klik pada ikon “Chat” dan pilih “RedGames” untuk mula bermain sekarang.
Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram & TikTok atau @airasia di Twitter. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.