Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Aplikasi

Shopee Memperuntukkan Sehingga RM50 Juta Untuk Pelajar Malaysia

by Phic Arman
June 28, 2023
in Aplikasi
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee, platform e-dagang terunggul di Asia Tenggara dan Taiwan secara rasminya bekerjasama dengan Sasbadi, syarikat penerbitan dan penyedia solusi pendidikan terkemuka di Malaysia, untuk memperkasakan pelajar dalam usaha mencapai matlamat pendidikan mereka.

Kerjasama ini dilancarkan agar bahan pembelajaran dan ulang kaji berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh komuniti pelajar Malaysia agar mereka cemerlang dalam pelajaran.

Bermula 1 Julai 2023, Shopee akan menyumbang 50 juta ringgit untuk membantu para pelajar membeli bahan pembelajaran dan mencapai kecemerlangan akademik.

Ini dapat dilakukan melalui baucar bernilai RM20 tanpa perbelanjaan minimum yang boleh digunakan untuk menebus bahan pembelajaran di kedai rasmi Sasbadi di Shopee, eksklusif buat pelanggan baharu Shopee.

Sepanjang tahun ini, baucar ini akan dicetak dalam bahan penerbitan Sasbadi terpilih dan diedarkan melalui Shopee dan kedai buku seluruh negara.

“Buat mereka yang memerlukan bahan pembelajaran berkualiti tinggi, anda tidak keseorangan – Sasbadi komited untuk membantu anda mencapai potensi secara menyeluruh.

Kami percaya bahawa Shopee mampu menyediakan sokongan yang sangat diperlukan ini untuk para pelajar di seluruh Malaysia, terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan dan yang amat memerlukannya.

Kami akan sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha-usaha seperti ini,” kata Law King Hui, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Sasbadi.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Sasbadi dalam menyokong keperluan pendidikan pelajar luar bandar dan yang kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia.

Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong komuniti tempatan menggunakan teknologi. Saya percaya bahawa pendidikan amat penting dan bersama-sama dengan pasukan saya, saya gembira kerana dapat membalas sokongan yang saya terima semasa saya belajar dahulu.

Kami berharap agar sokongan daripada Shopee ini dapat membantu para pelajar mencapai impian mereka,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.

Shopee menjalankan usaha yang sama pada Mei 2022 dan berjaya mengumpul hampir 300 ribu ringgit untuk penerima *#ShopeeGivesBack seperti UNICEF Malaysia dalam memenuhi keperluan kritikal kanak-kanak terpinggir dan keluarga mereka ketika COVID-19.

Sepanjang kempen ini, platform Shopee akan menyediakan tawaran mudah akses yang disuai padan dengan keperluan pelajar berdasarkan pemahaman berpacukan data.

Terutamanya, pencarian pelajar terhadap keperluan pendidikan seperti buku nota atau keperluan sekolah, buku teks sekolah, peralatan bantuan pendidikan, dan bahan ekstra kurikulum.

Pada masa yang sama, bahan penerbitan Sasbadi yang boleh didapati di Shopee dan kedai buku di seluruh negara akan disertakan dengan baucar RM20 untuk membolehkan para pelajar menebus bahan pendidikan dengan mudahnya di kedai rasmi Sasbadi melalui platform Shopee.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Aplikasi

Mixboard Perkenal Integrasi Nano Banana Pro: Teknologi AI Visual Baharu

November 24, 2025
Aplikasi

Australia Menjadi Negara Pertama Melarang Media Sosial?

November 13, 2025
Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
Aplikasi

TikTok Senaraikan 10 Artis Paling Popular Sepanjang Tahun 2023

December 18, 2023
Aplikasi

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023
Aplikasi

X Twitter Semakin Ditinggalkan Oleh Pengguna Sejak Elon Musk Ambil Alih

October 3, 2023
Next Post

LG Raikan Ulang Tahun ke-65, Tawarkan Promosi Yang Teristimewa Buat Orang Malaysia

TRENDING

Belanjawan Johor 2026: Rezeki Anak Johor, Pulang Kampung Kini Lebih Mudah

November 17, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Kelantan Berisiko Banjir- JPS Keluarkan Ramalan Awal Melibatkan 9 Jajahan Hingga 21 November

November 20, 2025

Emas untuk Kelantan, Penduduk Harap Lesen Mendulang Hanya untuk Anak Jati

November 13, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.