Acara, Games

Jelajah Asia The Great Era of Piracy, Pameran Eksperimensial One Piece Terbesar di Malaysia

Ace Media Network Sdn. Bhd. (AMN) dengan rasa gembira mengumumkan Jelajah Asia The Great Era of Piracy yang dianjurkan di Malaysia akan dilanjutkan susulan permintaan umum yang memberangsangkan. Acara tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung dari Mac hingga Mei, namun akan dipanjangkan tempoh sehingga 11 Jun 2023.

Pameran The Great Era of Piracy menghidupkan dunia One Piece yang penuh keunikan. Kini, peminat dan bukan peminat boleh menyelami babak-babak dan karakter ikonik menerusi permainan dan replika bersaiz sebenar di lokasi-lokasi siri anime yang digemari ramai ini.

Pameran ini memaparkan pelbagai zon yang memenuhi segenap pilihan pengunjung, daripada ruang permainan interaktif Going Merry Cabin, Enies Lobby, Fish-Man Island, Whole Cake Island dan Mirro-World, sehingga ke tempat-tempat menyentuh perasaan pada musim tayangan Burning Going Merry dan 3D2Y. Ramai pengunjung telah mengerumuni pameran ini dan ia bukanlah suatu yang mengejutkan kerana ruang-ruang menarik yang sesuai dikongsi dalam Instagram seperti Alabasta, Impel Down, Marineford, Whole Cake Island dan Mirro-World menjadi tarikan.

Pengunjung pameran ini juga telah menzahirkan keseronokan mereka di Jelajah Asia The Great Era of Piracy menerusi ulasan-ulasan positif yang dikongsi di laman Facebook dan Instagram. Mereka juga amat menggemari arca FRP bersaiz sebenar (khasnya arca Raid of Onigashima yang merangkumi keseluruhan zon khusus) dan permainan fizikal di Land of Wano.

Ekoran sokongan yang memberangsangkan daripada peminat dan pengunjung, pameran ini akan dilanjutkan untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri keseronokan One Piece.

Imbasan Jelajah Asia The Great Era of Piracy

Pameran yang telah dibuka pada 23 Mac 2023 di Resort World Genting ini telah mencapai satu kejayaan besar.

Pelancaran acara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 28 Mac 2023. Turut hadir, pengamal media dan rakan niaga. Acara tersebut menyaksikan sebilangan besar peminat anime, manga dan permainan One Piece di rantau ini berkumpul di Malaysia bagi menikmati hiburan tanpa henti, membeli-belah barangan edisi terhad dan sebagainya selama sebulan.

Serlahkan Lanun Dalam Diri Anda Menerusi Jelajah Asia The Great Era of Piracy

Maklum balas orang ramai terhadap Jelajah Asia The Great Era of Piracy adalah luar biasa dengan ramai pengunjung memuji akan kualiti pameran yang disediakan. Pasukan Ace Media Networks amat seronok melihat ramai pihak menunjukkan minat mereka pada acara tersebut dan berasa gembira untuk menyediakan tempoh tambahan untuk memberikan lebih ruang kepada umum untuk menikmati segala yang ditawarkan pada pameran ini.

Dengan lanjutan pameran ini, peminat One Piece berpeluang untuk merasai dunia siri anime popular ini. Selebriti-selebriti antarabangsa dari serata rantau, termasuk dari Thailand dan Indonesia, turut hadir mengunjungi pameran ini. Nama-nama terkenal seperti Clarissa Punipun, Larissa Rochefort, Thames Malerose & Baobao telah menyaksikan pameran unik ini bersama peminat mereka.

Selain itu, pengunjung, termasuk peminat tegar One Piece dan pempengaruh terkenal, akan mempunyai masa yang mencukupi untuk berjalan-jalan dan mengembara bersama karakter kesayangan mereka, seterusnya mencipta pengalaman yang sukar dilupakan untuk semua.

Jelajah Asia The Great Era of Piracy akan diadakan sehingga 11 Jun 2023. Peminat-peminat One Piece yang belum berpeluang untuk merasai acara ini digalakkan mengambil peluang terhadap lanjutan tempoh ini dan sama-sama merasai keseronokannya.

Jangan ketinggalan untuk merasai pengalaman Jelajah Asia The Great Era of Piracy ini! Tiket kini boleh didapati www.ticket2u.com.my/event/30178.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Asia The Great Era of Piracy ini, sila layari:
Laman web: www.acemedia.network/onepieceasiatour/, Facebook: www.facebook.com/onepieceasiatour dan Instagram: www.instagram.com/onepieceasiatour/.

Segera tempah tiket anda untuk mendalami dunia One Piece kerana peluang ini bukan selamanya!