Telefon, Telefon Pintar

Telefon Hebat Siri HONOR Magic Terima 100% Maklum Balas Positif Pengguna

Siri HONOR Magic gah sebagai lambang kejayaan jenama HONOR sejak pelancarannya dengan meraih populariti dan sanjungan dalam pasaran telefon pintar Malaysia. Kesungguhan HONOR yang mementingkan pengguna telah melonjakkan jenama mereka, dengan memastikan pelanggan berpuas hati terhadap khidmat dan pengalaman produk mereka.

Kami mementingkan kepuasan pengguna dengan menambah baik pengalaman perisian dan perkakasan secara berterusan. Program HONOR Experience kami untuk HONOR Magic5 Pro di Malaysia mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima 100% maklum balas positif. Ini menunjukkan dedikasi kami dalam mendengar dan menghasilkan telefon pintar yang mengikut kemahuan pengguna,”- kata Justin Li, Pengurus Negara HONOR Malaysia.

Faktor kejayaan ini juga termasuklah kerjasama HONOR dengan pembekal termaju dunia dalam sektor perisian, perkakasan dan ekosistem. Kerjasama ini membolehkan HONOR mengintegrasikan teknologi terkini ke dalam produk dan membina pengalaman yang tiada tandingan bagi pengguna seluruh dunia.

Menurut Li, Program HONOR Experiencers pada Mac 2023 menyaksikan lebih 2,000 pendaftaran dalam tempoh 10 hari dan hanya 80 peserta bertuah telah terpilih. Cadangan dan pengalaman berharga mereka menjadi faktor penyumbang besar kepada pembangunan produk HONOR.

100% maklum balas positif sebelum dan selepas pelancaran di Malaysia

Selepas Siri HONOR Magic dilancarkan di Malaysia, HONOR Malaysia telah menerima maklum balas membersangsangkan terhadap Sir HONOR Magic. Sehingga kini, Siri HONOR Magic masih
mempunyai 100% maklum balas positif di laman web rasmi HONOR. Berikut adalah maklum balas yang diambil daripada laman web rasmi HONOR:

“Telefon HONOR yang saya pilih ini hebat dan menyukai semua ciri-ciri yang ada pada HONOR Magic5 Pro. Tambahan pula, ia mempunyai perkhidmatan Google. Semua kembali normal dengan adanya perkhidmatan Google, sistem yang lancar, skrin yang bagus dan prestasi penggambaran foto lebih baik,” ulas seorang pengguna HONOR Magic5 Pro di laman web rasmi HONOR.

“HONOR Magic5 dilengkapi cip Top stream Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan versi penuh memori LPDDR5X dan versi peningkatan kepantasan memori kilat UFS 3.1, Antutu yang dijalankan lebih dari 1 juta mata. Bagi mereka yang gemar permainan mudah alih mungkin tidak menyukai skrin lengkung, namun HONOR Magic5 dimuatkan dengan skrin lengkung terapung OLED 6.73 inci yang memuaskan dan bukan mudah untuk sentuh bahagian tepi skrin. Ia menyokong kadar segar semula dinamik 120Hz dan kecerahan maksimum 1600 nits,” tulis pengguna HONOR Magic5.

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang.

Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.

Tags