Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Peranti Telefon Pintar

HONOR X8b Dengan Storan Besar 512GB Bakal Dilancarkan di Malaysia Pada 22 Disember

by Phic Arman
December 13, 2023
in Telefon Pintar
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan sambutan baik HONOR X9b 5G di Malaysia, HONOR bakal melancarkan dua telefon pintar baharu dalam Siri X iaitu HONOR X8b dan HONOR X7b pada 22 Disember 2023. Siri X sememangnya terkenal sebagai peranti berkualiti dan harga mesra poket dalam kalangan pengguna Malaysia. Kedua-dua peranti ini merupakan naik taraf daripada model HONOR X8a dan HONOR X7a terdahulu yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

HONOR X8b – Storan Besar 512GB dan Kamera Swafoto Potret Spotlight 50MP

HONOR X8b didatangi dengan storan besar 16(8+8) GB + 512GB dan membolehkan menyimpan sebanyak 124,000 gambar. Storan luas tersebut setanding storan komputer riba, pengguna boleh mengakses fail di hujung jari. Pengguna boleh menyimpan gambar dan fail penting serta muat turun aplikasi permainan kegemaran tanpa bimbang storan tidak mencukupi.

Beralih kepada kamera, HONOR X8b dilengkapi kamera hadapan Potret Spotlight 50MP dengan lampu sorot hadapan serta ciri Auto Switch Field of View (FOV). Oleh itu, HONOR X8b peranti terbaik untuk mengambil swafoto menawan di keadaan pencahayaan berbeza sambil merakam lebih banyak elemen dalam satu bingkai.

Kamera Utama Ultra Jelas 108MP bersama sensor ISOCELL HM6 canggih menghasilkan gambarjelas dan terang di keadaan cahaya rendah. Kamera tersebut termasuk mod Potret 2X dengan jarak fokus bersamaan 48mm bagi membolehkan pengguna menangkap gambar potret yang lebih terperinci dan terang.

Mengenai rekaan pula, HONOR X8b mempunyai badan yang sangat nipis iaitu hanya 6.78mm, manakala beratnya cuma 166g. Rekaan tersebut memudahkan pengguna memasukkan peranti ini ke dalam saku, beg kepit dan beg tangan.

Menampilkan trend Retro, HONOR X8b ditawarkan dalam warna hijau Glamorous Green dan perak Titanium Silver.

HONOR X7b – Bateri Kapasiti Besar 6000mAh dan Ultra Tahan Lama dengan Storan Luas

Sementara itu, HONOR X7b dimuatkan Bateri Ultra Tahan Lama 6000mAh, sesuai bagi pengguna yang banyak menghabiskan masa bersama telefon pintar. Dengan sekali caj penuh sudah mencukupi untuk melayari media sosial, strim video dan bermain permainan mudah alih sepanjang
hari.

Selain bateri yang bertahan lama, HONOR X7b turut didatangi dengan storan besar 16(8+8) GB + 256GB. Pengguna pasti berpuas hati dapat menyimpan lagu dan video HD dalam jumlah yang besar.

Untuk rekaan, HONOR X7b menampilkan Kuad Lengkung Backplane 3D, ketebalan 8.24mm dan berat hanya 199g membuatkan peranti ini selesa untuk digenggam. Rekaan tersebut memberi pengalaman visual yang menawan dengan kandungan dipanjangkan hingga ke sudut paparan.

HONOR X7b didapati dalam dua warna menarik iaitu perak Flowing Silver dan hijau Emerald Green.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Anak Guna Telefon Pintar 17 Jam Di Rumah? Ibu Bapa Kena Lebih Peka!

October 23, 2025
PEEK DAILY

Tahukah Anda Tentang Nomophobia? Ketakutan Apabila Tiada Telefon di Tangan

October 9, 2025
Peranti

HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

May 4, 2025
Telefon Pintar

Ciri-ciri Utama HONOR 200 Pro, Telefon Pintar Flasghip Estetik AI Didedahkan

June 7, 2024
Peranti

HONOR Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2

May 16, 2024
Telefon Pintar

HONOR Melancarkan Tiga Flagship Siri Magic Baharu, Harga Bermula Dari RM4,499

March 21, 2024
Next Post

TikTok Senaraikan 10 Artis Paling Popular Sepanjang Tahun 2023

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Medium

Lagu Noir Menggambarkan Pengguna Instagram Dengan Aksi Ekstrem?

April 2, 2019

Wartawan Palestin Saleh Al-Jafarawi Maut Ditembak Dalam Pergolakan Pasca-Gencatan Senjata Gaza

October 13, 2025

Apple & Samsung Menduduki Teratas Untuk Telefon Bimbit Terlaris Di Dunia, Ini Senarainya!

August 30, 2023

Ferrari Keluarkan Model SUV Pertama

September 20, 2022

Selamat Tinggal YouTube Stories

May 26, 2023

Tidak Tahu Lagu Apa? Gunakan Sahaja Google Assistant

November 7, 2017
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.