Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Acara

IMMERSIO 2023: Muzium Telekom Bakal Ditransformasikan Kepada Sebuah Alam Yang Menakjubkan

by Phic Arman
December 6, 2023
in Acara, Inovasi, Libur, Tech
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Muzium Telekom bakal ditransformasikan kepada sebuah alam yang menakjubkan di mana seni, budaya, warisan dan inovasi disatukan dengan IMMERSIO 2023, mencatatkan satu lagi lembaran kreativiti menarik dan meneruskan legasinya sebagai pewaris evolusi telekomunikasi negara.

Pameran IMMERSIO terkini akan memenuhi ruang muzium sebagai kanvasnya seluas 27,000 kaki persegi dan menggabungkan lebih daripada 20 artis media baharu serta budaya, menciptakan sebuah alam seni digital yang mengasyikkan dengan instalasi interaktif, seni teater yang menggabungkan tradisi serta muzik warisan diberikan sentuhan moden.

IMMERSIO 2023 terbuka kepada khalayak ramai dari 15 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024.

Melangkah ke edisi kelima, IMMERSIO 2023 di pilih susun oleh Filamen dan dikuasakan oleh Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM), sebagai rakan strategik melalui Program Inkubasi Teknologi Digital (Digital Technology Incubation Programme).

Kolektif muda yang dinamik – Izealist dan Unreality Kai memperkenalkan sebuah instalasi berbentuk donat yang dihasilkan dari kaca jendela dan lampu neon yang menerangi dengan kerdipan melalui interaksi penonton. Vasflor dan Karipap menghidupkan serpihan sisa elektrik, menjalinkan sebuah naratif yang meneroka makna kehidupan melalui projeksi pemetaan dan seni cahaya yang memukau. Anwar Suhaimi memperkenalkan siri karya seni digital, terhasil dari kerumitan data awam dan algoritma pembelajaran mesin, mempamerkan lanskap kebudayaan dan etnik Malaysia yang pelbagai.

IMMERSIO 2023 juga turut dibarisi oleh inovator seni iaitu Suzy Sulaiman, Filamen dan James Ly, pengasas bersama Anthropology of Metaverse, menyajikan estetika dengan teknologi yang mencetuskan renungan bagi penonton; sementara bakat-bakat muda seperti Digi Arafah, Ammar Hazman, dan Roger Ng memeriahkan lagi kanvas IMMERSIO dengan perspektif unik mereka.

Galeri yang terletak di tingkat satu akan melalui sebuah transformasi dengan menampilkan hasil seni dari Program Inkubasi Teknologi Digital oleh Yayasan TM, mengubah ruang ini kepada sebuah dimensi yang menggabungkan koleksi artifak dan ekspresi seni kontemporari. Ruang ini menonjolkan Kicau Bilau, sebuah duo bersinergi mengolah lanskap bunyi yang khas untuk mencerminkan tradisi budaya Nusantara melalui Angklung dan gitar. Pencak Mirage mengundang penonton menghayati kisah-kisah pahlawan Silat yang diberi nafas baharu melalui persembahan realiti campuran oleh FLUX 28 Studio.

Berinteraksi dengan keindahan seni warisan wayang kulit melalui seni karya Wayang Kulit Animatronik, menampilkan patung cetakan 3D yang dikawal oleh robot, hasil ciptaan Ahnaf Hakimi. Selami pengalaman menyentuh pelbagai deria dengan Super Codex, sebuah kolektif yang terkenal dengan persembahan mereka yang berskala besar dan mengasyikkan, yang telah dipertontonkan di pelbagai acara kebudayaan, teater dan galeri.

Program Inkubasi Teknologi Digital, yang diperkenalkan oleh Yayasan TM, adalah program jangka panjang yang direka untuk merangsang integrasi antara ekspresi kreatif, amalan seni, dan pengetahuan teknologi bagi menjana ekosistem seni. Program ini berusaha untuk menjadi platform memupuk artis digital tempatan, pengamal kreatif, dan bakat-bakat muda, program ini juga menyokong komuniti seni melalui geran, dana, bengkel pembangunan kapasiti, dan ruang pameran.

BAYARAN kemasukkan dikenakan sebanyak RM15 (tidak termasuk bayaran pemprosesan dan pengendalian) RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Masuk percuma untuk komuniti OKU Beli tiket di sini: https://www.cloudjoi.com/shows/immersio-2023

IMMERSIO 2023 dianjurkan dan dipilih susun oleh Filamen, dikuasakan oleh Yayasan TM melalui Program Digital Tech Incubator (DTI) serta Muzium Telekom dan turut dijayakan oleh ARTOGO, MyCreative Ventures (MyCV),  Epson Malaysia, LYF Chinatown Kuala Lumpur, CloudJoi, TRYKE and RUBIX Communications.

Maklumat lengkap mengenai IMMERSIO 2023 boleh didapatkan pada tarikh akan datang di laman Facebook dan Instagram Filamen.

 

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Acara

Sukan Dan Muzik: Acara Ini Lagi Ngam Menarik Pelancong Luar!

November 19, 2025
Libur

Vietjet Diiktiraf Sebagai Jenama Penerbangan Paling Bernilai ASEAN 2025 & Nombor Satu Vietnam

November 11, 2025
Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
How To

Oh, Berlakunya Pelanggaran Data Terhadap Gmail!?

October 29, 2025
Acara

Scoot Buka Laluan Baharu Ke Kota Bharu: Peluang ‘Short Trip’ Ke Singapura Jadi Semakin Dekat!

October 27, 2025
Next Post

5 Telefon Pintar Terbaik 2023 Yang Harus Menjadi Perhatian

  • 313 Followers

Recommended

Pemandu E-Hailing, P-Hailing Bakal Terima Kuota Tambahan BUDI95

October 9, 2025

KKM Siapkan Naik Taraf 154 Klinik Di Sabah, Perkhidmatan Kesihatan Kini Lebih Mantap

November 19, 2025

Hedy Lamarr Bukan Sekadar Artis Tetapi Pencipta Luar Biasa!

November 26, 2018
Foto: Euro News

Pencerobohan Maklumat Data Hotel Marriot Plot Agen China?

December 13, 2018

Anak Guna Telefon Pintar 17 Jam Di Rumah? Ibu Bapa Kena Lebih Peka!

October 23, 2025
Foto: Android Central

8 Game Terbaik Untuk iPhone, iPad Dan Telefon Android Baru

December 27, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.