Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

HONOR kuasai Pasaran Telefon Pintar China Suku Ketiga 2023

by Phic Arman
November 7, 2023
in Berita, Telefon Pintar
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

HONOR mengukuhkan dominasinya dalam pasaran telefon pintar di China susulan kejayaan HONOR Magic V2 tahap flagship yang membanggakan. HONOR pada suku ketiga (Q3) tahun 2023 melonjak ke tangga pertama dalam pasaran saham jualan telefon pintar China, mengatasi pesaing lain dalam industri dan meletakkan standard baharu dalam dunia telefon pintar boleh lipat.

Berdasarkan laporan analisis pasaran yang turut merujuk kepada sumber-sumber boleh dipercayai termasuk Counterpoint, Canalys, dan IDC, tidak dapat disangkal lagi apabila angka-angka menunjukkan prestasi HONOR yang membanggakan pada suku ketiga 2023. Mencatat sejarah sebagai satu kejayaan terbesar HONOR setakat ini, HONOR Magic V2 menjadi tonggak utama apabila tampil mengubah kategori telefon pintar boleh lipat.

HONOR mengukuhkan kewujudannya

Walaupun mengalami kemerosotan sebanyak 5% dalam pasaran telefon mudah alih, Q3 menyaksikan persaingan sengit dalam segmen telefon pintar mewah.

HONOR muncul sebagai pemain utama hasil telefon pintar boleh lipatnya yang inovatif. Ketika pesaing lain seperti Huawei dan Apple masing-masing memperkenalkan peranti flagship mereka, HONOR Magic V2 berjaya meraih perhatian yang memberangsangkan, malah mendapat banyak permintaan dengan harganya yang lebih mahal daripada harga pasaran. Kejayaan ini turut membawa impak yang positif terhadap lain-lain produk HONOR, sekaligus mengukuhkan kewujudan jenama ini dalam pasaran.

Menurut data Counterpoint, HONOR Magic V2 menjadi telefon pintar “boleh lipat yang besar” paling laris terjual di China, menguasai lebih 50% pasaran saham dalam kategori ini. Kejayaan membanggakan ini membuktikan HONOR bertapak kukuh dalam pasaran China dan mampu memenuhi kehendak pengguna yang dahagakan inovasi telefon pintar lain dari yang lain.

HONOR Magic V2 memberi impak besar: sumber Counterpoint

HONOR Magic V2: Kejayaan teknologi dalam telefon pintar boleh lipat

Telefon pintar boleh lipat sentiasa menjanjikan pengalaman unik dengan menggabungkan keupayaan fungsi tablet yang pelbagai guna ke dalam telefon pintar biasa. Namun penggabungan sebelumnya sering terkait dengan masalah saiz, keberatan dan kualiti, terutamanya melibatkan struktur dan isu bateri. Faktor utama yang mempengaruhi pengguna membeli telefon pintar boleh lipat adalah kerana rekaannya yang nipis dan ringan. Berdasarkan laporan IDC, HONOR berjaya mengatasi masalah ini apabila tampil lebih nipis berbanding telefon pintar biasa yang lain.

Kejayaan HONOR termasuklah penggunaan teknologi bateri kad yang menjadikan bateri 5000mAh senipis 2.3mm, sekaligus dapat menjimatkan ruang penting dalam badan telefon pintar boleh lipat. Ditambah dengan teknologi Engsel Titanium Super Ringan HONOR yang memastikan ketahanan tiada tandingan, pada masa sama mengekalkan lipatan tanpa ada jurang, sekaligus menambah baik pengalaman pengguna.

HONOR Magic V2 memberi impak besar: sumber Counterpoint

Telefon pintar boleh lipat lebih menyerlah berbanding flagship biasa

Revolusi teknologi dalam kategori telefon pintar boleh lipat menarik perhatian ramai pengguna telefon flagship. Paling ketara, sebahagian besar pengguna HONOR Magic V2 sebelum ini adalah pengguna iPhone yang menyumbang kepada peningkatan sebanyak 300% berbanding model flagship terdahulu.

Ketika kejayaan HONOR sudah terbukti, amat penting untuk mengakui bahawa dua pesaingnya iaitu HUAWEI dan Samsung juga sedang berusaha memajukan teknologi boleh lipat. Malah beberapa jenama lain juga telah mengeluarkan siri telefon pintar boleh lipat, menandakan peralihan baharu trend dan teknologi, jadi tidak syak lagi telefon pintar flagship pada masa akan datang turut berubah ke arah peranti boleh lipat.

Pencapaian luar biasa HONOR dalam dunia telefon pintar boleh lipat telah meletakkan satu penanda aras baharu dari segi inovasi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam segmen yang dinamik. HONOR Magic V2 bukan hanya sekadar telefon pintar; tetapi satu indikasi kepada teknologi masa depan telefon mudah alih.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Berita

Rakyat Palestin Derita Cuaca Sejuk & Hujan Lebat, Gaza Semakin Tenat

November 17, 2025
Next Post

Pawagam IMAX Terbesar Di Malaysia Kini Di TGV SUNWAY VELOCITY

  • 313 Followers

Recommended

Pilihan Bijak Pelancong Sempena 11.11, Tawaran Eksklusif AirAsia MOVE Bawa Penjimatan

November 11, 2025
Foto: Google Play

Terkini Aplikasi Mudah Alih ‘Ibadat’ Dari Digi

December 12, 2018
Foto: Bee Bom

Jepun – Huawei Dan ZTE Di Larang Memasuki Pasaran

December 13, 2018
Foto: Motor1

Bernilai RM54 Juta! Beginilah Mewahnya Kereta Termahal Di Dunia

November 14, 2018
Foto: Tech Radar

Energizer Keluarkan Telefon ‘Foldable’ 5G Pada Oktober 2019 Ini?

March 4, 2019

Chris Feo Sertai Unity Sebagai SVP Programmatic Baharu!

October 15, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.