Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Tech Automotif

myTukar Membawakan ‘Drama’ Kepada Pengguna Dengan Iklan Lucu Terbaru

by Phic Arman
November 1, 2023
in Automotif, Berita
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang suka drama yang bagus hanya jika mereka menontonnya. Oleh sebab itulah myTukar memastikan sandiwara ini hanya berlaku di skrin dan bukan dalam kehidupan sebenar, menerusi 3 video pendek yang menunjukkan drama klise tipikal dengan pengakhiran yang… tidak begitu tipikal.

Nantikan drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar seorang anak lelaki dan ibunya yang tidak menerimanya; kemudian diikuti pula dengan kisah seram Thai klasik yang akan membuatkan anda menjerit ketakutan apabila anda mengetahui apa yang sebenarnya tersembunyi di hadapan mata anda di dalam garaj; dan akhirnya, tamatkan dengan kisah cinta tiga segi Hong Kong yang akan membuatkan anda tertanya-tanya sama ada watak utama wanita itu akan akhirnya memilih apa yang terbaik untuk dirinya.

Ketua Pemasaran Serantau Carro, Katherine Teo berkata,

“Dengan menggunakan minat audiens kami terhadap drama, kami menyamarkan iklan kami sebagai filem bergenre untuk memberitahu mereka bahawa kami hanya menyampaikan drama dari segi iklan sahaja. Untuk kereta terpakai berkualiti yang tidak bermasalah (dan tanpa drama!) dan Sebaik Yang Baru, myTukar merupakan pilihan yang pertama.”

3 video pendek itu merupakan hasil usaha dari pelbagai negara. Semua penggambaran dijalankan sepenuhnya di Malaysia dan diusahakan oleh pasukan dari Singapura dan Malaysia, bersama dengan para pelakon dan kru dari Thailand dan Korea Selatan.

Sejak ditubuhkan pada 2017, myTukar telah berkembang dari sebuah kedai lot di Glenmarie dan kini telah diperluaskan kepada lebih 2,600 pengedar berdaftar, 10 pusat jualan, 23 pusat pemeriksaan, 5 bengkel dan 2 pusat baik pulih. myTukar juga mencapai pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 85% pada tahun 2022, diiringi pertumbuhan yang menakjubkan sebanyak 215% dalam sektor jualan runcit.

CEO myTukar Derrick Eng berkata,

“Ia merupakan satu penghormatan besar untuk berkembang bersama dengan syarikat ini dan membina penjana pasaran yang bukan hanya sekadar menguruskan pembelian dan penjualan kereta terpakai, tetapi juga menyediakan perkhidmatan utama untuk seluruh kitaran hayat pemilikan kereta yang merangkumi perkhidmatan selepas jualan, insurans, pembiayaan dan waranti lanjutan. Kami akan terus mengutamakan kepentingan minat pelanggan dan saya sangat teruja untuk meningkatkan lagi keupayaan kami.”

Sementara itu, syarikat induk myTukar, Carro juga menyambut ulang tahun yang ke-8 pada Oktober ini. Ditubuhkan pada tahun 2015, Carro telah berkembang daripada sebuah pasaran kereta terpakai Singapura kepada pasaran kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara, yang mempunyai pelbagai perniagaan sampingan dalam sektor automotif seperti perkhidmatan pembiayaan, insurans dan selepas jualan.

Dengan catatan rekod EBITDA positif sebanyak US$4 juta pada TK2023 dan 4,500 pekerja di seluruh Asia-Pasifik, Carro meletakkan sasaran yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang, termasuk Carro Care, sebuah perniagaan perkhidmatan selepas jualan yang dikuasakan Jardine Cycle and Carriage.

Melihat kembali pada kemajuan dalam 8 tahun yang lepas, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aaron Tan berkata, “Saya amat berbangga dengan apa yang Carro telah berjaya capai dalam 8 tahun ini dan saya berterima kasih kepada para pekerja kami yang berdedikasi, para pelanggan setia kami dan juga para pelabur serta rakan-rakan kerjasama kami yang telah membawa kami ke pencapaian-pencapaian ini. Saya menantikan banyak lagi tahun-tahun yang baik dengan sumbangan usaha kami penyelesaian mobiliti yang mampan, selamat dan boleh diakses untuk semua.”

Sertai sambutan dengan tawaran untuk pembeli kereta myTukar Certified

Untuk meraikan ulang tahun mereka, Carro dan myTukar akan menawarkan promosi yang besar untuk pelanggan yang berada di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Di Malaysia, myTukar akan memberikan 6 iPhone terbaru iaitu iPhone 15 (128GB) yang bernilai RM4,399 kepada 6 pelanggan. Mereka hanya perlu membeli kereta myTukar Certified untuk layak menyertai cabutan tersebut. Tawaran ini sah untuk masa yang terhad hingga 30 November; tertakluk pada Terma dan Syarat.

Untuk menonton video-video pendek ini, layari saluran YouTube dan Instagram myTukar. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, layari www.myTukar.com.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Berita

Rakyat Palestin Derita Cuaca Sejuk & Hujan Lebat, Gaza Semakin Tenat

November 17, 2025
Next Post

HONOR kuasai Pasaran Telefon Pintar China Suku Ketiga 2023

  • 313 Followers

Recommended

First look at the new Android 9 “Pie” on the Samsung Galaxy S9

October 18, 2025

WhatsApp Akan Hilang Daripada Telefon Bimbit Ini Pada Penghujung Tahun 2023, Cepat dan Gantikannya!

July 31, 2023

Perlukan Wingman? Pemuda Ini Punya Wingman Yang Menarik

January 17, 2019

Pemandu E-Hailing, P-Hailing Bakal Terima Kuota Tambahan BUDI95

October 9, 2025

Sasar Peminat Aktiviti Lasak. Apple Lancar Apple Watch Ultra

September 9, 2022
Foto: Knock Shrine

Tinder Support LGBT? Tampil Berani Dengan 23 Jenis Jantina !

November 29, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.