Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Gear Audio

Jabra Elite 10: Fon Telinga Termaju untuk Kerja dan Kehidupan

by Phic Arman
September 23, 2023
in Audio, Gadget, Peranti
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Jabra, pelopor dalam penyelesaian audio dan kerja hibrid yang diperibadikan, memperkenalkan model premium terbaharu mereka untuk mempertingkatkan koleksi fon telinga wayarles sebenar Elite mereka.

Model terbaharu Jabra, Jabra Elite 10 adalah fon telinga peringkat tinggi baharu yang dioptimalkan untuk Dolby Atmos® dengan Dolby Head Tracking serta direkabentuk untuk keselesaan sepanjang hari dan panggilan yang jelas.

Fon Telinga Jabra Elite 10: Bunyi terbaik dengan perincian dan kejelasan yang luar biasa untuk pengalaman mendengar Dolby Atmos yang terbaik.

Fon telinga wayarles sebenar ini, yang dioptimalkan untuk menikmati kandungan dalam Dolby Atmos, benar-benar imersif dan merupakan fon telinga pertama Jabra yang menyokong Dolby Head Tracking. Dolby Head Tracking melibatkan pendengar dengan cara baharu dengan memastikan mereka sentiasa berada di tengah-tengah pentas bunyi dengan setiap pergerakan kepala.

Ini akan memberikan pengalaman bunyi yang lebih semula jadi untuk semua hiburan kegemaran anda, termasuk Dolby Atmos dan kandungan stereo. Dan apabila tersedia, gabungan Dolby Head Tracking bersama kandungan Dolby Atmos akan meningkatkan lagi bunyi dengan perincian dan kejelasan yang luar biasa untuk pengalaman mendengar Dolby Atmos yang terunggul.

Fon telinga ini juga disertakan dengan Pembatalan Bunyi Lanjutan (ANC) Jabra yang menawarkan sehingga 2x lebih pembatalan bunyi hingar*. ANC yang sangat berkuasa melaraskan secara automatik bunyi sekeliling. Ini terhasil daripada gelombang infrasonik yang mengukur saluran telinga dan algoritma yang mengesan kebocoran audio dan keadaan angin.

Hasilnya, fon telinga akan bertukar secara automatik kepada ANC dalam persekitaran yang lebih bising, mengurangkan pembatalan bunyi di tempat yang sunyi dan menjadikannya lebih mudah untuk menikmati hiburan atau menerima panggilan tidak mengambil kira persekitaran.

Dengan mengambil pengajaran daripada ciri Elite 7 Pro untuk muat ke dalam telinga dan Elite 85t untuk keselesaan sepanjang hari, Elite 10 merupakan fon telinga tanpa wayar yang pertama yang direka menggunakan teknologi Jabra ComfortFit. Teknologi terbaru ini direka dengan menitikberatkan kesesuaian yang paling semula jadi, keselesaan dan kekemasan di telinga serta kurang penghalang.

Reka bentuk yang separa terbuka dapat mengurangkan tekanan udara di telinga pengguna untuk memberi keselesaan semasa berjalan dan bercakap. Setiap permukaan fon telinga diperbuat daripada silikon lembut agar sesuai untuk dipakai di telinga dalam masa yang sama dapat mengurangkan ketidakselesaan untuk dipakai sepanjang hari.Tambahan pula, fon telinga Elite 10 direka dengan mengambil kira pelbagai bentuk dan saiz telinga para pengguna.

Elite 10 lengkap dengan teknologi panggilan 6 mikrofon untuk panggilan jelas, bateri 6 jam (27 jam dengan bekas pengecas), termasuk peralatan pengecasan yang mampu milik, dioptimalkan untuk pengecasan tanpa wayar, sambungan Bluetooth Multipoint, bantuan suara bebas tangan serta mudah untuk disambungkan.

Harga dan ketersediaan Elite 10

Jabra Elite 10 diletakkan harga pada RM1,299 dengan varian warna merangkumi Titanium Black, Krim dan Cocoa. Jabra Elite 10 akan mula dijual di peruncit terpilih di seluruh negara bermula akhir September 2023.

Gloss Black tersedia secara eksklusif di kedai rasmi Jabra: Shopee, Lazada, dan Sunway eMall bersama-sama warna khas Titanium Black, Krim dan Cocoa.

Ketahui dengan lebih lanjut tentang Jabra Elite 10 di sini. Anda juga boleh melihat video Jabra Elite 10 ini di sini.

Untuk maklumat lanjut, teruskan bersama Jabra di Facebook, Instagram, and TikTok.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Tahukah Anda Tentang Nomophobia? Ketakutan Apabila Tiada Telefon di Tangan

October 9, 2025
Peranti

HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

May 4, 2025
Peranti

HONOR Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2

May 16, 2024
Audio

myFirst Memperkenalkan Empat Produk Baharu, Membawa Teknologi Selamat dan Bermanfaat untuk Kanak-kanak Malaysia

January 29, 2024
Audio

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman IMAX Di TGV 1 Utama Dengan IMAX® Laser Dan Teknologi Bunyi 12 Saluran

December 1, 2023
Gadget

DJI Memperkenalkan Osmo Pocket 3, Harga Bermula RM2,299

October 25, 2023
Next Post

Muzik Video "Get Him Back" Olivia Rodrigo Dirakam Dengan iPhone 15 Pro

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Maxis

Telefon Pintar Anda Rosak? Safe Device Daripada Maxis Ini Ada Solusinya !

December 3, 2018
Foto: WeChat Malaysia

Kekal ONG Bersama WeChat Sempena Tahun Baru Cina 2019

January 29, 2019
Newly-elected leader of Japan's Liberal Democratic Party (LDP) Sanae Takaichi delivers a speech after winning the LDP leadership election in Tokyo on October 4, 2025. China hawk Sanae Takaichi won the leadership on October 4 of Japan's ruling party, putting her on course to become the country's first woman prime minister. (Photo by Kim Kyung-Hoon / POOL / AFP)

Sanae Takaichi, Siapakah Dia?

October 29, 2025
Foto: Pocket Now

Qualcomm Snapdragon 855 Transformasi Inovasi Dunia Teknologi

December 6, 2018
Foto: Tech Spot

Google ‘Disable’ Fungsi Foto Pada Android TV?

March 6, 2019
Foto: Oppo

OPPO Find X 5G Prototype

January 2, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.