Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Gear

BMW Malaysia Mempersembahkan BMW i4 eDrive35 Dalam Dua Varian Elektrik, Harga Bermula Daripada RM 255,216

by Phic Arman
August 1, 2023
in Gear
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Malaysia hari ini telah mengumumkan ketibaan BMW i4 eDrive35 dalam dua varian yang mempesonakan, iaitu BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport – membuka lembaran baharu bagi pengalaman pemanduan lestari dan berprestasi tinggi di Malaysia. Menjadi sebahagian daripada komitmen BMW Malaysia terhadap usaha inovasi dan pengelektrifikasian, varian-varian BMW i4 eDrive35 yang terbaharu membawakan aneka teknologi canggih serta emisi rendah karbon tanpa mengkompromikan janjinya ke atas ‘Sheer Driving Pleasure’.

BMW i4 eDrive35

 

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan,

“Varian-varian BMW i4 eDrive35 terbaharu kini menyertai jentera BMW i4 M50 yang sulung, dilancarkan di Malaysia Autoshow 2023 pada awal tahun ini. Dengan irasnya yang serba sporty lagi elegan, berserta prestasi dan keupayaan pemanduan yang luar biasa, ia terus mengangkat komitmen kami ke atas mobiliti berelektrik – BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport membuktikan aspirasi kami terhadap kenderaan elektrik berprestasi tinggi di negara ini.

Sempena ulang tahun ke-20 kami dalam menyampaikan inovasi, kesedaran alam sekitar, dan solusi-solusi pemanduan yang serba mewah di Malaysia, kami teruja untuk menyambut dua kenderaan cemerlang ini yang sejajar sepenuhnya dengan visi kami untuk masa depan mobiliti mampan dalam landskap automotif tempatan.”

Sedan elektrik bertaraf premium yang dinanti-nantikan

BMW i4 eDrive35 baharu menggandingkan reka bentuk progresif, aerodinamik yang cemerlang, dan gaya tubuh Gran Coupé empat pintu. Garisannya yang jitu serta nisbah yang elegan menzahirkan aura dinamisme dan kemodenan. Dari sudut hadapan, varian-varian BMW i4 eDrive35 baharu mempunyai wajah yang garang serta perwatakan yang tersendiri, ditonjolkan oleh komponen gril ‘kidney’ yang didatangkan dengan bilah-bilah disusun mendatar. Ia diperkayakan lagi dengan set lampu hadapan LED yang tampak rapi.

BMW i4 eDrive35 dan BMW i4 eDrive35 M Sport masing-masing mengenakan roda aloi ringan dwiruji 18 inci dalam warna 853 Bicolour dan roda aerodinamik M 18 inci dengan tayar bercampur 858 M Bicolour.

Kedua-dua varian BMW i4 eDrive35 memancarkan aura jentera sporty yang bersofistikasi tinggi, seperti yang disukai dan dijangkakan oleh para pelanggan dan peminat. Unik bagi varian BMW i4 eDrive35 ialah garisan Aluminium Satin yang menghiasi profil sisinya, memperkayakan lagi dinamisme jentera ini.

Dari segi dimensi, varian-varian BMW i4 eDrive35 baharu adalah persis BMW i4 eDrive 40 – berukuran panjang 4,783mm, lebar 1,852mm, dan tinggi 1,448mm, dengan jarak rodanya yang berukuran 2,856mm. Ruang but BMW i4 eDrive35 baharu mempunyai kapasiti maksimum berjumlah 1,290 liter, menyediakan keluasan yang optimal bagi pengguna.

Menaik taraf pengalaman pemanduan

 

Ruang kokpit varian-varian BMW i4 eDrive35 baharu menampilkan sistem maklumat hibur BMW iDrive serba canggih yang diminati ramai, di samping skrin BMW Curved Display yang menawan, ia menaik taraf estetika serta mengemaskini orientasi pemandu sebagai satu standard baharu bagi kemudahan kawalan yang intuitif. Di samping itu, ambien ruang interior yang terbuka dan serba mewah, diperkayakan dengan material-material premium serta reka bentuk yang terperinci, menjamin keselesaan dan kepuasan buat pemandu dan juga penumpang, memastikan setiap aspek perjalanan mereka menikmatkan, intuitif dan lancar.

Menambah rencah ‘sporty’, varian BMW i4 eDrive35 yang baharu mengenakan stereng sport berkulit, berlatarkan trim kayu oak halus berleliang terbuka yang menawan. BMW i4 eDrive35 M Sport baharu pula didefinisikan dengan trim interior Alumium Rhombicle Anthracite M. Turut disempurnakan dengan sistem pembesar suara stereo yang hebat bagi menyempurnakan pengalaman auditori pengguna.

Kejuruteraan dan prestasi yang jitu.

Diteliti dan diperinci, BMW i4 eDrive35 baharu menampilkan ciri aerodinamik yang benar-benar cemerlang, merekodkan kadar pekali seretan (drag coefficient) serendah 0.24. Ia bukan sahaja menaik taraf daya tarikan sportynya tapi juga keefisienan penggunaan tenaga.

BMW i4 eDrive35 baharu dikuasakan oleh satu motor segerak elektrik, membekalkan kuasa sebesar 210 kW (286 kk) dan puncak tork setinggi 400 Nm, yang disalurkan kepada roda belakang. Gandingan yang hebat ini membolehkan BMW i4 eDrive35 membuat pecutan abad dalam masa 6 saat sahaja, menjanjikan sebuah pengalaman pemanduan yang mengujakan.

Model-model canggih ini turut membawakan kemudahan pengecasan yang memberangsangkan, membolehkan pengguna memandu dengan lebih yakin dan lancar. Berbekalkan keupayaan Pengecasan AC pada kadar setinggi 11 kW dan Pengecasan DC pada kadar sehingga 180 kW, varian-varian BMW i4 eDrive35 baharu menjamin waktu pengecasan yang amat singkat. Pemilik BMW i4 eDrive 35 baharu juga akan dapat menikmati akses pengecasan di lebih daripada 1,000 kemudahan pengecasan di seluruh negara, dikuasakan oleh penyedia pengecasan EV tempatan utama yang bekerjasama dengan BMW Group Malaysia.

Keelegenan yang abadi, daya tarikan kemodenan.

Penawaran warna eksterior bagi BMW i4 eDrive35 terdiri daripada Black Sapphire, Mineral White, Sanremo Green, Skyscraper Grey, dan Aventurine Red. Selain lima warna original tersebut, BMW i4 eDrive35 M Sport juga disediakan dalam rona M Portimao Blue dan M Brooklyn Grey. Dari segi upholsteri interior bagi kedua-dua varian BMW i4 eDrive35, pelanggan mempunyai pilihan antara Sensatec Porfarated Black, Sensatec Perforated Cognac dan Sensatec Perforated Tacora Red.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i4 eDrive35 baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM3,358.00, dan BMW i4 eDrive35 M Sport yang bermula daripada RM3,657.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun). Di samping itu, pemilik varian-varian ini juga layak menikmati pelan ansuran bulanan bagi pelan Easy Drive bertempoh 5 tahun atau dengan kiraan perbatuan sejauh 100,000 km pada kadar 80% margin pembiayaan. Pelanggan juga boleh menikmati Rebat Tunai Easy Drive sebanyak RM8,000 dengan membuat pendaftaran bagi Pembiayaan Easy Drive tersebut.

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik jentera BMW i4 eDrive35 terbaharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun oleh BMW dengan Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri BMW untuk 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW i4 eDrive35 Baharu ialah:

*** Kenderaan Elektrik (EV) dikecualikan daripada cukai jalan. Berkuatkuasa 1 Januari 2022 hingga 31
Disember 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai jentera BMW i4 terbaharu ini, sila layari
www.bmw.com.my

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Bisnis

TOYOTA ECO YOUTH Edisi Ke-23 Terus Merperkasakan Generasi Dalam Dalam Isu Alam Sekitar Yang Mampan

May 14, 2024
Acara

Harga Bermula RM179,800, Sime Darby Motors Lancar BYD SEAL di Malaysia

February 22, 2024
Gear

Menangi Percutian ke Korea Dengan Kempen Joyful Journeys GoCar

January 22, 2024
Aplikasi

GoCar Garage Tawar Perkhidmatan Ambil dan Pulang Secara Percuma

September 22, 2023
Gear

BMW Malaysia Persembahkan BMW X6 xDrive40i M Sport Baharu, Harga Bermula RM754,800

August 10, 2023
Berita

BYD DOLPHIN Bakal Jadi Kereta EV Pilihan Rakyat Malaysia, Harga Bermula RM99,900

July 28, 2023
Next Post

VIVO Malaysia Lancar Y78 5G Yang Menawarkan Keupayaan Luar Biasa Berharga Bawah RM1500

  • 313 Followers

Recommended

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025

NichePhone – S Hanya Sebesar Kad Kredit !

November 7, 2017
Foto: Ruby Documentaries

5 Teknologi Ini Akan Membinakan Manusia?

January 7, 2019
Foto: The Book Insider

Nak Positif Vibe? Meh Baca 5 E-Books Positif di Smartphone Anda!

November 5, 2018

“Takut Tapi Nak Tahu? Ini Cara Betul Menonton Semua Filem Chucky Dari 1988 Hingga Kini”

October 30, 2025

Aura Baharu Deepavali! Suria KLCC Cipta Magis Dengan Tema “Lotus of Light”

October 9, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.