Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

BYD DOLPHIN Bakal Jadi Kereta EV Pilihan Rakyat Malaysia, Harga Bermula RM99,900

by Phic Arman
July 28, 2023
in Berita, Gear
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Terus melopori segmen kenderaan elektrik (EV) Malaysia, Sime Darby Motors hari ini melancarkan BYD DOLPHIN yang telah lama dinanti-nantikan!

Ini menandakan satu lagi kejayaan penting sebagai kenderaan elektrik kedua BYD untuk pasaran kenderaan penumpang, hanya setengah tahun berikutan pelancaran jenama itu di Malaysia dengan BYD ATTO 3.

Turut hadir untuk meraikan mercu jaya ini ialah Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad; Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau; Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD; dan Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd.

Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad berkata,

“Atas sambutan yang sangat positif terhadap BYD ATTO 3 sejak beberapa bulan lalu, kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi barisan EV kami dengan BYD DOLPHIN. Dengan matlamat memanfaatkan penggunaan EV yang semakin meningkat di Malaysia, BYD DOLPHIN menawarkan daya hidup elektrik dan daya tarikan estetik dengan nilai yang sangat menarik, menjadikan mobiliti mesra alam lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dan menyokong aspirasi negara ke arah dekarbonisasi.”

Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD mengulas,

“Kami teruja untuk terus menggiat gelombang elektrifikasi di Malaysia dengan BYD DOLPHIN. Direka untuk gaya hidup moden dan berkait hubung, BYD DOLPHIN menawarkan nilai yang unik sebagai hatchback EV dengan teknologi canggih yang menyediakan lebih banyak kapasiti ruang daripada hatchback konvensional. Ini sememangnya sesuai untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang pelbagai, dengan membawa BYD yang terkenal dengan inovasi bertaraf dunia dalam menggabungkan teknologi terkini dan kemampanan.”

BYD DOLPHIN mencerminkan komitmen BYD terhadap kepintaran, kecekapan, keselamatan dan estetika. Kenderaan elektrik sepenuhnya dilengkapi dengan kemajuan teknologi ikonik BYD, iaitu Blade Battery, inovasi revolusioner oleh BYD yang membolehkan keselamatan bateri dan peningkatan ketumpatan tenaga; e-Platform 3.0, platform teknologi eksklusif untuk kenderaan yang sangat cekap dan pintar; sistem pam haba penjimatan tenaga kecekapan tinggi; dan rangkaian kuasa elektrik 8-dalam-1 pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia yang mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga.

Konsep rekaan “Estetika Lautan”,

Diinspirasikan oleh keindahan dan keanggunan namanya, BYD DOLPHIN menampilkan konsep rekaan “Estetika Lautan”, dengan aliran bentuk luaran badan yang digabungkan dengan kontur yang mengalir dari lampu LED bersambung merentasi gril tengah dan reka bentuk lampu belakang geometri, serta elemen seperti pemegang pintu berbentuk sirip.

Bahagian dalam kereta luas, dengan tempat duduk penumpang yang selesa, ruang penyimpanan yang banyak serta ruang bagasi yang fleksibel. Bagi memastikan pengalaman pemanduan yang selamat dan mudah, BYD DOLPHIN mempunyai jejari pusingan kecil iaitu 5.25m dan monitor tontonan definisi tinggi bersifat 360 darjah, di samping ciri keselamatan aktif dan pasif seperti sistem advanced driver assistance.

Selain itu, kenderaan itu dilengkapi dengan teknologi pintar, termasuk skrin sentuh berputar pintar seluas 12.8 inci dan reka bentuk bunyi aktif dengan sistem bunyi enam pembesar suara. Pilihan lanjutan juga menampilkan pengecasan tanpa wayar dan bumbung matahari panoramik.

BYD DOLPHIN terserlah dengan jarak pemanduan yang mengagumkan sehingga 490km* dengan cas penuh, memberikan pemandu kebebasan yang tiada tandingan di jalan raya. Pemandu boleh menikmati keseronokan pecutan lancar, dari sifar hingga 100km/j dalam masa tujuh* saat sahaja, menjadikan setiap pemanduan menyeronokkan.

Menjangkaui prestasinya yang cemerlang, BYD DOLPHIN menawarkan harga yang kompetitif, menjadikan EV boleh diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia tanpa sebarang kompromi terhadap keselamatan.

Harga Bermula RM99,900

Tersedia dalam dua varian, bermula daripada RM99,900 untuk Pilihan Standard Dinamik (Dynamic Standard Range) dan RM124,900 untuk Pilihan Lanjutan Premium (Premium Extended Range), pemandu boleh membuat pilihan yang paling sesuai untuk keperluan dan citarasa mereka.

Kedua-dua varian itu menawarkan fungsi bekalan kuasa Vehicle-to-load (V2L), memberikan kemudahan dan kepelbagaian tambahan kepada pemandu untuk merasakan era baharu pemacu elektrik di mana keselamatan dan kebolehmampuan mencapai prestasi yang tiada tandingan.

Mempertingkatkan lagi kebolehcapaian, BYD terus melebarkan sayapnya di Malaysia dengan rangkaian pengedarnya yang semakin berkembang di seluruh negara. Kini beroperasi di 9 lokasi, dengan 12 lagi akan dibuka tidak lama lagi, BYD menyasarkan untuk membuka sejumlah 21 bilik pameran di seluruh negara.

Dalam mencipta pengalaman pelanggan yang serba lengkap, Sime Darby Motors dengan bangganya menawarkan pakej perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif untuk pemilik BYD DOLPHIN, meningkatkan lagi pengalaman pemilikan untuk pelanggan BYD di Malaysia.

Dengan infrastruktur yang teguh, sistem pengurusan digital termaju dan pasukan yang berdedikasi, Sime Darby Motors komited dalam menyediakan penjagaan dan sokongan tahap tertinggi untuk memastikan kepuasan jangka panjang, memastikan bekalan alat ganti yang konsisten untuk memaksimumkan kelancaran pemilik BYD.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri BYD DOLPHIN, kenderaan kini tersedia untuk tontonan dan pandu uji di One Utama, Aras Bawah, Tempat Letak Kereta Forecourt 28-30 Julai 2023 jam 10 pagi hingga 10 malam. Susulan daripada pelancaran ini, BYD DOLPHIN akan tersedia di semua bilik pameran BYD yang sedang beroperasi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari byd.simedarbymotors.my/ atau ikuti Facebook atau Instagram. Untuk pertanyaan, hubungi talian perkhidmatan pelanggan di 1300-38-1888.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Berita

Rakyat Palestin Derita Cuaca Sejuk & Hujan Lebat, Gaza Semakin Tenat

November 17, 2025
Next Post

SWITCH MALAYSIA Melancarkan Kedai APPLE PREMIUM PARTNER Pertama Di Malaysia

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Vivo Superday Sale Roadshow

Vivo Superday Sale Roadshow Di Seluruh Malaysia Feb-Mac 2019

February 28, 2019

Dibaluti Emas & Kulit Buaya, iPhone X Edisi Terhad Berharga RM 16 Ribu

October 23, 2017
Foto: Trusted Reviews

Motorola RAZR Foldable Di Kuasai Oleh Qualcomm Snapdragon 710

March 13, 2019

Infinix Malaysia Menganjurkan ‘Beyond Limits Championship’ Dalam talian

June 7, 2023

Anak Bukan Pelaburan, Tekanan ‘Tuntut Balasan’ Selepas Anak Mula Bekerja

November 19, 2025

Wanita Scotland Tipu Dengan Kehamilan Palsu, Siap Guna Anak Patung ‘Realistik’

October 22, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.