Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Sime Darby Motors Tambah Baik Pengalaman Pemilik BYD di Malaysia

by Phic Arman
July 5, 2023
in Berita, Gear
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Berbekalkan permintaan pasaran yang semakin berkembang bagi kenderaan elektrik (EV) inovatif BYD, Sime Darby Motors telah menaik taraf perkhidmatan selepas jualan yang disediakannya dengan matlamat untuk menambah baik pengalaman pelanggan.

Perkhidmatan selepas jualan serba lengkap yang menyeluruh daripada Sime Darby Motors, termasuk pusat servis terkini, perkhidmatan membaiki & mengecat badan kenderaan dan pusat pengedaran alat ganti, bertujuan memberikan layanan mesra dan pengalaman yang menyenangkan bagi pemilik BYD di Malaysia.

Susulan daripada usaha ini, Sime Darby Motors baru-baru ini telah melancarkan pelbagai pakej perkhidmatan selepas jualan untuk memenuhi keperluan para pemilik BYD.

Dengan tumpuan tidak berbelah bagi terhadap pelanggan, BYD memastikan bahawa setiap aspek perkhidmatan selepas jualan memenuhi piawaian antarabangsa. Juruteknik yang terlatih mempunyai kemahiran khusus untuk menyediakan khidmat rundingan pakar dan penjagaan servis untuk memastikan para pemilik EV dapat menggunakan kenderaan mereka tanpa rasa bimbang.

Sime Darby Motors mengendalikan 3 Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan berlesen yangterletak secara strategik di Pulau Pinang, Bukit Jelutong-Lembah Klang, dan Johor Bahru. Pusat-pusat ini menawarkan perkhidmatan khusus iaitu pembaikan badan kereta yang kecil dan besar serta dilengkapi bengkel cat dan ruang mekanikal lanjutan.

Ketiga-tiga Pusat Membaiki & Mengecat Badan Kenderaan ini merupakan kemudahan baik pulih sah bagi panel insurans untuk memastikan pemilik BYD boleh memanfaatkan kerja pembaikan badan yang profesional. Kemudahan tersebut disokong oleh inisiatif digital BYD untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan yang disediakan, termasuk servis diagnostik oleh juruteknik dan juga kemudahan mencari pusat servis menerusi aplikasi mudah alih mesra pengguna BYD.

Dengan memanfaatkan sistem penjejakan digital, pusat pengedaran alat ganti ini memastikan ketersediaan bekalan stok dan penghantaran tepat pada masanya kepada lokasi BYD di seluruh negara, lantas mencerminkan komitmen BYD untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan & Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong, dan Macau, berkata, “Perkhidmatan selepas jualan ialah komponen penting di rantaian nilai kami. Sime Darby Motors mempunyai pusat membaiki & mengecat badan kenderaan dengan piawaian tertinggi yang diluluskan oleh panel insurans. Pusat-pusat tersebut terletak secara strategik di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru.

Kami juga sukacita untuk mengumumkan pelancaran pakej servis baharu sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan yang memberikan ketenangan fikiran dalam seluruh aspek kepada semua pemilik BYD di Malaysia.”

Untuk terus menambah baik pengalaman yang dapat dinikmati pemilik BYD di Malaysia, Sime Darby Motors sebagai syarikat pengedar kini menawarkan Pakej Servis Standard dan Pakej Servis Tambahan.

Pakej Servis Standard disediakan untuk tempoh tiga, enam dan lapan tahun atau pada jarak 60,000 kilometer (KM), 120,000KM atau 160,000KM masing-masing, pada harga daripada RM1,688 hingga RM4,888*.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk servis minyak reducer, penggantian penapis penyaman udara, servis cecair brek, servis pendingin pemacu motor dan servis pendingin sistem penyaman udara. Sementara itu, pakej servis tambahan disediakan pada tempoh enam tahun atau 120,00KM dan lapan tahun atau 160,000KM, pada harga daripada RM7,888 hingga RM12,888*.

Perkhidmatan tambahan termasuk penggantian cecair pencuci cermin depan, penggantian bilah pengelap cermin (depan dan belakang), penggantian bateri alat kawalan jauh, penggantian bateri 12V, penggantian pad brek (depan dan belakang), penggantian cakera brek (depan dan belakang). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sime Darby Motors berbangga untuk menawarkan pakej perkhidmatan selepas jualan untuk menambah baik pengalaman pemilikan para pelanggan BYD di Malaysia. Dengan infrastruktur yang mantap, sistem pengurusan digital yang canggih dan pasukan yang berdedikasi, Sime Darby Motors komited untuk menyediakan khidmat penjagaan dan sokongan terbaik untuk memastikan kepuasan dan keseronokan jangka panjang bagi pemilik BYD.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Isu Zara Qairina: Pengetua Dedah Sistem ‘Ketua Dorm’ Hanya Wujud Selepas Insiden Tragedi

November 19, 2025
Berita

KWSP Catat Lonjakan Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion Selama Sembilan Bulan

November 18, 2025
Berita

LRT3 Mula Beroperasi Mulai 31 Disember- Rapid KL Dah Sedia Untuk Buka Laluan Baharu

November 18, 2025
Berita

PM Bimbang Gaji Wartawan Terlalu Rendah, Industri Media Perlukan Skim Gaji Minimum

November 17, 2025
Berita

MCW Persoal Legaliti Tol Jalan Genting Highlands

November 17, 2025
Berita

Rakyat Palestin Derita Cuaca Sejuk & Hujan Lebat, Gaza Semakin Tenat

November 17, 2025
Next Post

vivo x Shopee 7.7 Jualan Mega Pertengahan Tahun: Harga Terendah Dari RM439

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Sony Malaysia Sdn Bhd

SONY Kembali Segar Dengan Sentuhan Sound Speaker Baharu!

November 29, 2018
Foto: Redmond Pie

Apple Hasilkan Kad Kredit Khas Untuk Apple Pay?

March 26, 2019

airasia Superapp Anjurkan “RedGames Jam”, Kolaborasi Bersama UOW Malaysia

July 14, 2023

Biar Betul! China Memperkenalkan Skrin TV Lutsinar

November 9, 2018

Y-Brush – Berus Gigi Inovasi Yang Pelik Atau Unik?

January 11, 2019

Mungkinkah Stratollite Medium Pengangkutan Akan Datang?

December 11, 2018
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.