Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Aplikasi

Saluran Baharu di ASTRO: TVB Magic Bawakan Lebih Kandungan Asia Untuk Penonton Malaysia

by Phic Arman
June 14, 2023
in Aplikasi, TV
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023, – Syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, Astro dan rakan kerjasama, TVBI dengan bangganya mengumumkan saluran baharu yang komprehensif iaitu TVB Magic (Saluran 124) bermula jam 6.30 petang, 19 Jun 2023, tersedia untuk semua pelanggan.

TVB Magic (Saluran 124) akan membawa pelbagai kandungan Asia seperti drama dan rancangan variasi dari seluruh Asia termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand untuk tontonan pelangggan. Saluran ini juga dapat dinikmati menerusi Astro GO, On Demand dan NJOI.

Dari kisah klasik hebat TVB termasuk sitkom Off Pedder, siri drama unggul Forensic Heroes dan The Exorcist’s Meter, para penonton turut boleh menantikan tayangan perdana Malaysia untuk drama cinta Korea, Love Twists yang dibintangi Su Lee dan Park Heo-roo dengan siaran episod baharu setiap hari Isnin hingga Jumaat. Para penonton boleh menonton drama remaja Thailand, The Giver dan nikmati dua episod berturut-turut di hujung minggu untuk drama keluarga Jepun, The Old Dog, New Tricks?.

Selain itu, para penonton boleh kekal terhubung dengan dunia hiburan Hong Kong menerusi liputan berita hiburan, rancangan variasi hebat dan program berita mutakhir.

Astro terus menguatkan tawaran kandungan dengan lebih lagi pilihan, nilai hebat dan fleksibiliti. Hubungan kerjasama yang lama bersama TVBI senantiasa melakar kejayaan baharu dalam industri dan pengenalan TVB Magic (Saluran 124) sekali lagi menguatkan komitmen mereka untuk mengeluarkan kandungan yang hebat kepada penonton tempatan.

Para pelanggan kini bleh menikmati keseluruhan kandungan TVB di platform Astro dengan TVB Magic (Saluran 124) yang bakal bersama saluran-saluran TVB yang lain. Dengan memberi tumpuan terhadap hiburan, Astro dan TVBI akan berusaha memberikan kandungan istimewa yang tidak dapat dilupakan kepada para penonton di seluruh negara, membuatkan TVB Magic (Saluran 124) sebagai destinasi utama untuk hiburan Asia terbaik di kalangan keluarga.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Aplikasi

Australia Menjadi Negara Pertama Melarang Media Sosial?

November 13, 2025
Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
PEEK DAILY

‘Black Phone 2’ Kejutkan Box Office! Kutip USD43 Juta Seluruh Dunia

October 21, 2025
TV

Barisan TV Baharu LG Memberikan Pengalaman Menonton Yang Tidak Tertandingi Melalui Teknologi AI

August 1, 2024
Aplikasi

TikTok Senaraikan 10 Artis Paling Popular Sepanjang Tahun 2023

December 18, 2023
Aplikasi

Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya

November 30, 2023
Next Post

Respond.io Malaysia Raih Status Pembekal Penyelesaian WhatsApp Business

  • 313 Followers

Recommended

Foto: Inside Retail Asia

Foodpanda Malaysia Turunkan Cas Penghantaran Serendah RM0.88 !

February 11, 2019

PlayStation 5 Pro: Masih Berbaloi Setahun Selepas Dilancarkan?

October 27, 2025

Ciri Baru “Live Location” WhatsApp Sudah Boleh Guna di Malaysia

October 20, 2017
Foto: Xiaomi Malaysia

Xiaomi Mi 8 Pro Cetusan Inspirasi Masa Depan

December 3, 2018

Tidak Tahu Lagu Apa? Gunakan Sahaja Google Assistant

November 7, 2017
Foto: Android Central

Black Shark 2 Di Jual Pada Harga RM2499 Dan RM2999?

March 25, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.