Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Tech Gadget

Logitech MX Anywhere 3S Terkini Mampu Kuasai Aliran Anda Dengan Mudah

by Phic Arman
June 1, 2023
in Gadget, Inovasi, Tech
0
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Logitech International hari ini mengumumkan MX Anywhere 3S, tambahan terbaru kepada Siri Master premium yang direka untuk pengguna mahir, seperti pembangun perisian dan profesional kreatif. Dengan penambahan Smart Actions, ciri baharu dalam Logi Options+, tetikus kompak baharu ini membolehkan pengguna menguasai aliran mereka dengan lebih mudah sewaktu produktiviti memuncak.

Anatoliy Polyanker, Pengurus Besar perniagaan MX di Logitech, berkata:

“Pengguna MX berusaha untuk mencapai satu aliran di mana mereka tenggelam sepenuhnya dalam proses kreatif mereka, mencari keseimbangan antara cabaran tugas yang dihadapi dan kemahiran individu mereka. Produk Siri Master baharu kami menampilkan Smart Actions dalam Options+ yang direka untuk sesiapa sahaja yang mencari ketepatan, kelajuan dan keselesaan untuk mencapai prestasi optimum dan rasa keseronokan.”

Mengejar Prestasi Terunggul


Alami kepantasan, ketepatan dan kesenyapan penatalan elektromagnetik MagSpeed dalam tetikus kompak wayarles termaju Logitech, sesuai untuk pengguna mahir yang mencari prestasi, kemudahalihan dan keselesaan di mana-mana sahaja. Nikmati teknologi Quiet Click, yang menjadikan klik lebih senyap daripada model sebelumnya (MX Anywhere 3). MX Anywhere 3S menampilkan sensor optik 8,000 DPI yang mengesan pada hampir mana-mana permukaan, termasuk kaca, menjadikannya tetikus kompak yang sempurna untuk pelbagai ruang kerja di sekitar rumah atau pejabat.

Pendekatan ke arah Kemampanan


Logitech komited untuk mewujudkan dunia yang lebih saksama dan iklim yang positif dengan berusaha secara aktif untuk mengurangkan kesan karbonnya. Reka bentuk produk MX terbaharu menjadikannya pilihan yang boleh membuatkan anda rasa lebih yakin. 61% daripada bahagian plastik dalam MX Anywhere 3S menggunakan plastik kitar semula pasca pengguna yang diperakui untuk memberikan hayat kedua kepada plastik penggunaan akhir daripada produk elektronik lama pengguna. Semua produk Logitech disahkan neutral karbon dan menggunakan tenaga boleh

diperbaharui di mana mungkin semasa pembuatan. Apabila anda membeli produk Logitech, jejak karbon produk tersebut telah dikurangkan kepada sifar dengan menyokong perhutanan, boleh diperbaharui dan komuniti yang terjejas oleh perubahan iklim.

Harga dan Ketersediaan


Berharga RM369 (harga runcit yang dicadangkan), MX Anywhere 3S boleh dibeli di kedai rasmi Logitech di Lazada dan Shopee serta di peruncit sah lain. Aplikasi Logi Options+ tersedia untuk dimuat turun secara percuma di logi.com/optionsplus.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 19, 2025
Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
How To

Oh, Berlakunya Pelanggaran Data Terhadap Gmail!?

October 29, 2025
Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
Automotif

Proton e.MAS 5: EV Pertama Mampu Milik Dari RM60,000, Nampak Berbaloi!

October 7, 2025
Acara

IMMERSIO 2023: Muzium Telekom Bakal Ditransformasikan Kepada Sebuah Alam Yang Menakjubkan

December 6, 2023
Next Post

Jelajah Asia The Great Era of Piracy, Pameran Eksperimensial One Piece Terbesar di Malaysia

  • 313 Followers

Recommended

Membina Struktur Terumbu Glob Terbesar Dasar Laut, Alumni UPSI Pecah Rekod Malaysia

September 21, 2022
Foto: Tech Radar

Energizer Keluarkan Telefon ‘Foldable’ 5G Pada Oktober 2019 Ini?

March 4, 2019

Ini Adalah Punca Kenapa WhatsApp ‘Down’

November 3, 2017
Foto: Fitbit

Fitbit – Jam Tangan Pintar OS 3.0 Terbaru

December 19, 2018
Foto: Samsung

Gelombang A Series? Samsung Lahirkan Nafas Baru Dengan Galaxy A9

December 3, 2018

Teksi Elektrik Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan

September 9, 2022
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.