Berita

Telefon Pintar Anda Meletup? Semak Punca Ia Berlaku

Kebelakangan ini, banyak kes melibatkan telefon pintar meletup dilaporkan sehingga ada yang meragut nyawa orang sekeliling. Ini kerana ramai orang alpa kerana tidak berhati-hati atau sudah tahu tetapi diendahkan akan keadaan telefonnya sendiri apabila sesuatu telefon itu mempunyai tanda tanda yang menunjukkan kesan bahaya menyebabkan sesuatu pekara buruk bakal terjadi.

Maka sebagai pengguna telefon pintar, ambil tahu cara bagaimana untuk mengelakkan dari insiden ini berlaku;

1) Telefon rosak

Apabila anda mengesan bahawa telefon anda mengalami kerosakan, maka jangan sesekali menggunakan telefon yang rosak atau tidak berfungsi. Skrin atau bingkai telefon yang retak berkemungkinan boleh mengalirkan cecair meresap masuk ke dalam peranti sekali gus merosakkan komponen dalaman seterusnya menyebabkan litar pintas.

2)Terlebih cas

Sebaik-baiknya cas telefon bimbit secukupnya dan tutup suis apabila selesai mengecas telefon. Ada kemungkinan pengecasan semalaman boleh menjejaskan bateri telefon anda. Hal ini sering dilakukan apabila seseorang itu mengecasnya pada waktu malam hingga ke pagi menyebabkan telefon itu dicas pada jangka masa yang panjang menyebabkan pengecas itu diserap terlalu lama dan akan berlakunya kerosakan pada bateri sekaligus terjadi letupkan berlaku kerana telefon tidak dapat tampung serapan tenaga yang terlalu banyak.

3)Bateri ‘mengembung’

Via Kedai Gadget
Bateri mula mengembung ketika dicas. Anda akan perasan yang bahagian belakang telefon anda sudah mula ada benjolan. Jika ada , maka cepat-cepatlah bawa ke tempat pembaikan telefon . Oleh itu , sentiasa periksa keadaan bateri telefon anda. Jika skrin mula mengembung atau bengkak, letakkan telefon pintar jauh dari orang sekeliling. Sentiasa peka dengan perubahan pada telefon pintar.

4) Pengecas telefon tiruan.

Via MRFIX
Hati-hati dengan pengecas tiruan. Mirror UK melaporkan kes pada 2019 yang mana seorang lelaki di Chonburi, Thailand maut akibat kejutan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit. Mangsa dipercayai menggunakan kabel tiruan yang disambungkan ke plug tambahan. Jangan sebab nak jimat, nyawa pula melayang. Kabel tiruan ini sering dibeli diplatform pembelian talian online , dek kerana ingin barangan murah tanpa mengeluarkan pembelanjaan yang banyak maka , ia tidak kisah akan keselamatan diri sendiri.

5) Letak telefon di tempat yang panas

Bateri telefon pintar direka khas untuk bekerja pada suhu tertentu. Mendedahkan telefon pintar secara kerap kepada suhu panas boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada bateri. Jauhkan telefon pintar dari terkena cahaya matahari secara langsung terutama di dalam kereta. Sering dilihat masyarakat gemar meninggalkan telefon di dalam kereta . Ia akan menyebabkan penghabaan yang kuat dan sesebuah telefon kadang kala tidak mampu untuk bertahan pada suhu tersebut. Maka ia sekaligus menyebabkan telefon itu meletup dan hancur. Silap-silap kereta juga menjadi mangsa.
Oleh itu, haruslah peka terhadap telefon sendiri untuk keselamatan diri dan juga orang lain. Jangan disebabkan kelalain diri, orang lain menjadi mangsa. Telefon ini sering berada di tangan anda , maka seharusnya anda tahu kondisi telefon anda dan perlu ambik tindakan sewajarnya. Mustahil anda tidak tahu keadaan telefon anda sendiri.