Berita

Membina Struktur Terumbu Glob Terbesar Dasar Laut, Alumni UPSI Pecah Rekod Malaysia

Baru-baru ini, para alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu. Menurut sumber Astro Awani , struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter. Ia diturunkan oleh 10 alumni UPSI yang diketuai Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga alumni institut pendidikan itu.
Via UPSI
Menerusi satu kenyataan Md Amin berkata, sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan.
“Ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ katanya pada majlis penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR itu di Pulau Redang, semalam.
Via UPSI
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata,
dengan adanya struktur terumbu tersebut akan membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut dan terumbu karang di kawasan itu pernah musnah akibat dilanda Taufan Pabuk sekitar Januari 2019.
Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi berkata, mengalu-alu usaha alumni yang dikenali sebagai Anak Kandung Suluh Budiman itu untuk mengharumkan nama universiti dengan penganjuran di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.