Aplikasi, TV

Neflix Kekal Nombor 1 Paling Tinggi Langganan Di Malaysia

Terdapat pelbagai platform penstriman pra bayar yang terdapat di Malaysia sering dilihat dalam di kaca televisyen seperti Neflix, Disney , Viu dan sebagainya.  Pelanggan hanya menonton di mana-mana sahaja dengan hanya melanggan sebulan sekali. Tetapi adakah kita tahu siapakah yang menerajui pasaran penstriman di Malaysia. Maka, ini merupakan penstriman antarabangsa, JustWatch yang baru sahaja mendedahkan bahagian pasaran SVOD pada suku kedua 2022.

Menurut JustWatch, Neflix kekal sebagai platform terbesar di Malaysia. Malahan, pemegang dalam pasaran tempatan juga terus meningkat. Dilihat dalam carta, tempat ke 2 diduduki Viu (20%), tempat ke 3 adalah iflix (16%) manakala ke 4 Disney Hostar (15%) .

Via JustWatch

Namun dilihat pelanggan Viu dan iflix sama-sama mencatat penurunan manakal, Disney + Hostar pula terus meningkat. Ini kerana, Disney+Hostar telah mempelbagaikan filem-filem dengan lebih 800 filem dan 18,000 episod termasuklah filem pecah panggung .

Akhir kata, nikmati 6 Perkhidmatan Penstriman Video Berkualiti di Malaysia ini kerana kesemua platform-platform di atas mampu memberikan kepuasan apabila anda menonton pada waktu lapang. Kehadiran perkhidmatan penstriman di Malaysia seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan rakyat Malaysia agar tidak menyokong kandungan digital cetak rompak yang tidak baik kepada industri perfileman dan ekonomi negara.