Badan pengawal selia teknologi Ireland telah mendenda Instagram sebanyak 405 juta euro atau sekitar 1.8 Billion ringgit Malaysia kerana telah menyalahgunakan maklumat peribadi pelajar yang merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang privasi data kesatuan Eropah (EU) yang ketat kerana melibatkan data kanak-kanak merangkumi aspek nombor telefon dan alamat e-mail mereka.
Dilaporkan terdapat beberapa peningkatan akaun perniagaan yang boleh mengakses secara analitik seperti mengambil alih profil akaun yang tanpa disedari membuatkan lebih banyak data-data peribadi mangsa disebar luas kepada umum.
Syarikat induk Instagram iaitu Meta, berkata ia telah memberi kerjasama penuh kepada pengawal selia sepanjang siasatan dijalankan dan membantah cara denda itu dikira serta akan membuat rayuan. Ini merupakan denda yang ketiga yang dikenakan terhadap Instagram.
“Kami telah mendapat keputusan akhir kami pada Jumaat lalu dan diserta denda 405 juta euro,” kata Komisaris Perlindungan Data Irlandia (DPC), dilansir laman BBC, Rabu (7/9/2022).
Sejak kejadian itu, Meta telah menambah baik sistem keselamatan dalam menjaga butiran peribadi pengguna yang menggunakan Instagram.
“Pengguna yang berusia di bawah 18 tahun secara automatik akaunnya menjadi peribadi ketika mereka bergabung dengan Instagram, jadi hanya orang yang mereka kenal yang dapat melihat apa yang mereka posting dan orang dewasa tidak dapat mengirim pesan kepada remaja yang tidak mengikuti mereka”. jelas pejabat Meta.
Sebelum ini juga, aplikasi WhatsApp juga di kenakan denda sebanyak 225 juta euro , manakala data Luksemburg mendenda Amazon sebanyak 746 juta euro kerana hal yang sama . Menurut Ketua Pakar Online keselamatan kanak-kanak, National Society for the Prevention of Cruelty to Children (NSPCC), Andy Burrows.
“Ini merupakan pelanggaran terbesar yang mempunyai implikasi perlindungan yang signifikan dan berpotensi menyebabkan bahaya bagi anak-anak yang menggunakan Instagram,”