Tech, Inovasi, Komputer

Nokia Tampil Dengan Komputer Riba PureBook Pro

Nokia yang terkenal dengan pengeluaran telefon mudah alih, kini Nokia telah melancarkan siri komputer riba terbaharu iaitu Nokia PureBook Pro yang dibina oleh syarikat Francis , OFF Global dan akan dipasarkan pada suku kedua tahun ini. Komputer ini diselaputi dengan rangka aluminium serta menampilkan rekaan minimalis dan ringan bagi memudahkan penggunaannya di mana sahaja secara santai.

Via : Nokia

Mengekalkan identiti Nokia, Nokia PureBook Pro yang bersandarkan Windows 11 ini membuatkan rekaannya tampak gah. Ia juga menawarkan dalam dua bentuk saiz skrin IPS iaitu 15.6 inci dan 17.3 inci. Purebook Pro dengan skrin 1080p 15.6-inci bertubuh setebal 19mm manakala beratnya 1.7kg. Model kedua membawa rekabentuk berketebalan sama dengan skrin lebih besar, 17.3-inci yang menambah beratnya menjadi 2.5kg dan kedua-duanya mempunyai resolusi Full HD dan spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core i3-1220P, RAM 8GB dan storan SSD 512GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD.

Selain itu juga, ia menampilkan varian 17.3 inci yang mempunyai bateri 63Wh manakala, varian 15.6 inci mempunyai bateri 57W. Port yang tersedia pada komputer ini termasuklah dua port USB-C 3.2 satu port USB-A 3.2 dan bicu audio 3.5mm. Papan kekunci serta pad penjejak (trackpad) mempunyai saiz yang agak besar dan bukan itu sahaja ia turut membekalkan kamera web 2MP, skrin sentuh yang besar , pengimbas cap jari dan juga pembesar suara. Terdapat beberapa sokongan lain itu, tiga port USB-C, WI-FI 5 , bicu audio , mikroSD dan juga Bluetooth 5 .

Via : Nokia

Ia menampilkan dalam variasi warnanya yang terdiri daripada biru, kelabu , merah dan perak. Harga untuk unit berskrin 15.6-inci berharga EUR699 (sekitar RM 3,285) dan unit 17.3-inci berharga EUR799 (sekitar RM 3,775). Namun, komputer tersebut akan ditawarkan dalam 22 buah negara namun Malaysia tidak termasuk dalamnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model di bawah siri Nokia Purebook , boleh lawati laman web Nokia.  https://www.nokia.com/shop/laptops/nokia-purebook-pro-156/