Tablet, Featured, Gadget, Pendidikan, Tech

Tablet PerantiSiswa Berjenama Akan Diberikan kepada Siswa B40, Bagaimana Nak Dapat?

Sedia maklum bahawa pada 3 September 2022 telah bermula edaran tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar pelajar B40 yang telah diluluskan. Edaran itu juga dilakukan dalam majlis perasmian penberian tablet kepada pelajar- pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber : Annuar Musa / Facebook

Para pelajar yang menerima akan mendapat Tablet Samsung model Galaxy Tab A8 berserta spesifikasi minumum seperti :

  • 4G LTE ( menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia
  • Skrin 10.1″ Paparan FHD 1280 x 800
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Mircro sehingga 256GB
  • Pengecas USB
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan
  • Casing Tab

Tambahan itu juga, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi tablet ini secara percuma dan tidak perlu dipulangkan semula. Ia merupakan satu penghargaan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan untuk pelajar-pelajar B40 untuk menggunakan tablet ini secara terus.

Bagi mana-mana pelajar B40 yang terlepas peluang untuk memohon, boleh mohon pada fasa dua yang bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 di atas talian pada pautan berikut :https://perantisiswa.kkmm.gov.my/