Telefon Pintar

HONOR 70 antara Kamera Telefon Pintar Terbaik Pada Harga Bawah RM2,000, Mula Dijual Pada 27 Ogos

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 — Selepas pelancaran besar-besaran HONOR 70 baru-baru ini, rakyat Malaysia sudah tidak sabar memiliki telefon pintar mercu terbaharu HONOR. Diangkat sebagai “kamera telefon pintar terbaik” dalam lingkungan harga RM2,000, HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan jualannya di seluruh negara pada 27 Ogos ini. Peminat yang membeli HONOR 70 semasa tempoh ini layak menerima hadiah bernilai RM298 yang terdiri daripada sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan setahun.

HONOR 70 – Kamera Penderiaan Super IMX800 – Rakaman Terbaik Pada Setiap Masa, Di Mana Jua

Gambar diambil oleh Faliq Fahmie

Menggunakan sistem kamera dwi utama, HONOR 70 menampilkan Kamera Penderiaan Super IMX800 yang pertama dalam industri, menghasilkan gambar berdefinisi tinggi yang mengagumkan, sesuai untuk apa jua keadaan. Penggemar fotografi kini boleh mengenal pasti ciri-ciri penting untuk menangkap gambar yang jelas dan terbaik. Peminat HONOR 70 juga pastinya teruja dengan tawaran pelan ansuran 12 bulan serendah RM166.60 sebulan, menjadikannya lebih mudah untuk dimiliki. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang HONOR Malaysia https://www.hihonor.com/my/ 1 .

HONOR 70 memiliki sistem Kamera Dwi Utama terbaik dengan menampilkan Computational Photography pertama dalam industri yang dikuasakan oleh AI dan system pengimejan HONOR tersendiri iaitu HONOR Image Engine untuk menghasilkan rakaman dan imej yang menakjubkan dan berdefinisi tinggi dengan gaya unik dan konsisten. HONOR 70 ditawarkan dalam warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

HONOR Pad 8 – Pengalaman Sinematik Dalam Tangan, Tablet Hiburan Terbaik dalam kelasnya

HONOR Pad 8 merupakan tablet hiburan dan adalah ahli terbaharu dalam portfolio tablet HONOR. Peminat boleh membayangkan hiburan tanpa henti, terima kasih kepada ciri-ciri binaan dalaman 8 pembesar suara pertama dalam industri untuk pengalaman audio yang mengasyikkan, pada masa sama menjadi satu-satunya jenama yang memiliki keistimewaan itu berbanding jenama lain dalam lingkungan yang sama. HONOR Pad 8 juga dilengkapi keistimewaan pemandangan sinematik, paparan FullView HONOR 2K 12 inci sangat selesa untuk dilihat, sesuai untuk tontonan video kegemaran tanpa henti.

Hadir dengan storan (6GB+2GB) RAM + 128GB ROM, HONOR Pad 8 boleh didapati pada harga RM1,399 dalam warna klasik Blue Hour. Pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM318 iaitu Flip Cover HONOR Pad 8 dan Jaminan Lanjutan 1 tahun.

HONOR MagicBook 14 – Pakar Prestasi, Menjadikan Kerja Lebih Efisien

HONOR MagicBook 14 adalah satu-satunya komputer riba bersaiz 14 inci dalam kelasnya yang mampu berfungsi dengan kuasa penuh 70W, mudah menampung sistem, permainan dan perisian penyuntingan profesional. Kuasa sebegitu disokong oleh bateri besar 75Wh yang mampu menahan panas haba sekaligus dapat mengurangkan sebarang risiko dan dapat bekerja secara efisien.

HONOR MagicBook 14 dimuatkan dengan grafik dedikasi NVIDIA® GeForce® RTX 2050 dan grafik bersepadu Intel® Iris® Xe, menjadikan prestasinya dapat memenuhi pelbagai kehendak pengguna. Pembelian boleh dibuat bermula 27 Ogos dan dapatkan hadiah bernilai sehingga RM1,026 iaitu Beg Galas HONOR, Sarung Kulit Komputer Riba HONOR, Tetikus Tanpa Wayar dan perisian awal Microsoft Office Home & Students 2021.

HONOR MagicBook X 15 & X 14 – Pilihan Para Pelajar


Memilih komputer riba mengikut bajet tidak mudah bagi pelajar yang hanya mahu menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan menikmati hiburan. Disebabkan itu, HONOR MagicBook X 15 atau X 14 adalah komputer riba pilihan idaman berkuasa pada harga mampu milik. Setiap komputer riba HONOR mempunyai tanda dagang TÜV Rheinland Cahaya Biru Rendah dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker-free yang dapat mengurangkan masalah kelesuan mata dan tekanan pada penglihatan. Ianya sesuai untuk penggunaan jangka panjang tanpa rasa bimbang. Ibu bapa dan pelajar, inilah tawaran terbaik dalam abad ini!

Senarai Harga Jualan Perasmian Seperti Di Bawah: