Ramai yang sedar tentang bahaya jika mengecas telefon dan kemudiannya bermain telefon di bilik mandi. Tetapi sayang setakat sedar tetapi tidak benar-benar ambil peduli akan mengakibatkan nyawa anda melayang begitu sahaja!
Di Rusia, seorang wanita telah meninggal dunia setelah telefon bimbitnya terjatuh di dalam tab mandinya. Telefon yang terjatuh itu dalam posisi sedang di cas dan apabila wanita tersebut ingin mengambil telefonnya dari tab mandi tersebut, wanita tersebut terkena renjatan elektrik.
Dan apabila ahli keluarganya memanggil ambulan, ianya sudah terlambat. Harus di ingatkan di sini bahawa air adalah konduktur yang kuat dan elektrik akan menghasilkan arus tenaga yang luar biasa apabila ia bergabung dengan air.
Cuba anda imbas kembali berapa banyak kes sebegini berlaku dan berapa ramai yang telah meninggal dunia gara-gara telefon bimbit dan kecuaian diri sendiri? Jangan ambil mudah tentang isu ini. Meskipun bilik air anda besar sekalipun, jangan cas di tempat-tempat basah sedemikian.
Dan pastikan ketika anda mengecas telefon, tangan anda dalam keadaan kering. Ingat aspek-aspek keselamatan sebegini amat penting, jangan ambil ringan dan ingan nyawa hanya ada satu sahaja. Sayangi diri anda jangan kerana kecuaian diri sendiri, nyawa melayang begitu sahaja.