Featured, Tech

Nantikan WhatsApp Bakal Punya Mod Gelap

Aplikasi WhatsApp bakal hadir dengan mod gelap bagi pengguna telefon Android. Fungsi terbaru ini merupakan pembaharuan sistem Beta aplikasi WhatsApp bagi telefon android.

Foto: Phone World

Tetapi, fungsi ini masih belum tersebar kepada pengguna di seluruh dunia. Sistem ini akan mengambil masa dan tiada maklumat bila mod gelap ini akan tiba di dalam sistem Android WhatsApp pengguna.

Foto: i Download Blog

Mod gelap yang bakal tiba ini tidaklah terlalu gelap sehingga mengganggu penglihatan mesej, ia seolah-olah warna abu-abu asap atau kelabu gelap. Dan warna tersebut dapat membantu mata untuk melihat mesej dengan lebih baik dari yang sebelumnya.

Sama-samalah kita nantikan ketibaan mod gelap ini di dalam sistem aplikasi WhatsApp dan bila tiba fungsi ini di dalam sistem WhatsApp, pastikan anda aktifkan mod gelap tersebut okay?