Featured, Inovasi, Tech

Cipta Cincin Yang Berfungsi Sebagai Medium Pencegahan Kehamilan?

Jangan terkejut apabila cincin di jadikan medium yang berfungsi sebagai kontrasepsi pencegahan kehamilan. Idea ini datang daripada para ilmuan Georgia Institute of Technology, mereka ingin mencipta cincin dengan fungsi yang ‘unik’ dan canggih dengan kemampuan teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari.

Foto: The College Post

Meskipun ia kedengaran pelik tetapi ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk di laksanakan dengan pertumbuhan ahli bijak pandai dan perkembangan teknologi yang menunjukan perkembangan yang luar biasa.

Foto: Goal Cast

Menggunakan cincin sebagai medium kontrasepsi pencegah kehamilan merupakan idea yang menarik dan ia sesuai digunakan oleh wanita dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Foto: Craze Mode

Salah seorang ilmuan daripada Georgia Institute of Technology iaitu Mark Prausnitz berkata, cincin merupakan salah satu barang perhiasan yang di pakai oleh wanita dan penghasilan cincin ini, ia dapat menyalurkan hormon kontrasepsi ke dalam tubuh wanita dengan lancar.

Foto: About Islam

Walaupun di alaf ini terdapat pelbagai jenis medium kontrasepsi di pasaran, penghasilan cincin ini pastinya akan menjadi tarikan golongan wanita jika ia berjaya di hasilkan.

Meskipun ujikaji ini masih belum di jalankan ke atas manusia, tetapidari ujian awal yang dilakukan oleh institut ini membuktikan kaedah yang dijalankan dapat menyalurkan hormon kontrasepsi dengan lancar.

Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan hasil kajian para ilmuan institut ini dan jika ia berjaya dihasilkan pastinya berita dari mereka akan tersebar di seluruh dunia kelak.