Bagi gajet hunter semestinya gajet atau telefon bimbit menjadi buruan mata-mata yang inginkan telefon yang canggih tetapi dalam masa yang sama harganya juga berpatutan. Di sini admin sertakan tujuh telefon bimbit pintar kelas mid-range khas untuk gajet hunter!
Vivo X27 (RM2199)
Vivo X27 (bakal tiba di pasaran) yang diperkasa dengan skrin AMOLED yang berkeluasan 6.39 inci FHD+ serta telefon ini juga di sokong dengan perisian daripada cip Qualcomm Snapdragon 710 dan penggunaan prosessor daripada Android 9.0 Pie pastinya menarik perhatian gajet hunter.
Selain itu, telefon ini juga memiliki 8GB RAM dan 256GB kapasiti storan dalaman. Dari segi kapasiti bateri pula ia memiliki 4000mAh tenaga bateri dan telefon ini dijual pada harga RM2199.
Vivo V15 Pro (RM1799)
Vivo V15 Pro memiliki skirn AMOLED 6.39 inci FHD+ dan di sokong dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 675 serta telefon ini menggunakan Android 9.0 Pie sebagai perisian prosessornya.
Menariknya, telefon ini juga di datangi 6GB atau 8GB RAM dan 128GB kapasiti storan dalaman. Dan telefon ini dijual pada harga RM1799.
Sony Xperia 10 Plus (RM1699)
Sony Xperia 10 Plus (bakal tiba di pasaran) ini cukup menarik dengan IPS skrin yang berkeluasan 6.5 inci FHD+ dan menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 636. Malah telefon ini juga menggunakan Android 9.0 Pie.
Selain itu, telefon ini memiliki dua pilihan RAM iaitu 4GB atau 6GB RAM dengan 64GB kapasiti storan dalaman. Dan telefon ini juga dijual pada harga RM1699.
OPPO F11 Pro (RM1399)
OPPO F11 Pro memiliki skrin IPS yang berkeluasan 6.53 inci FHD+ dan di sokong dengan perisian cip daripada MediaTek Helio P70 dan Android 9.0 Pie. Malah dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki 4000mAh tenaga bateri.
Dari segi aspek RAM dan storan pula, telefon ini memiliki dua jenis RAM dan storan yang berbeza. Pertama 4GB RAM/64GB storan dan yang kedua pula 6GB RAM/128GB storan. Telefon ini dijual pada harga RM1399 bagi variasi 4GB/64GB.
Huawei Nova 4e (RM1199)
Huawei Nova 4e mempunyai skrin IPS yang berkeluasan 6.15 inci FHD+. Telefon ini juga menggunakan cip daripada Hisilicon Kirin 710 dan di sokong dengan Android 9.0 Pie. Selain itu, telefon ini juga memiliki 6GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman.
Dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki 3340mAh tenaga bateri dan ia di jual pada harga RM1199.
Samsung Galaxy A50 (RM1099)
Samsung Galaxy A50 mempunyai AMOLED dengan skrin berkeluasan 6.4 inci FHD+. Dari aspek perisian pula, telefon ini menggunakan cip daripada Exynos 9610 Octa Core. Selain itu, Telefon ini memiliki 6GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman. Menariknya telefon ini memiliki harga yang sangat murah dengan harga RM1099.
Samsung Galaxy A30 (RM749)
Samsung Galaxy A30 ini memiliki AMOLED skrin yang berkeluasan 6.4 inci FHD+. Dari segi perisian pula, telefon ini menggunakan cip daripada Exynos 7904 Octa Core dan di sokong dengan Android 9.0 Pie.
Telefon ini memiliki 4GB RAM dengan 64GB kapasiti storan dalaman dan ianya di jual pada harga RM749.