Featured, Kesihatan, Tech

5 Gajet Fitness Tracker Bajet Khas Untuk Anda!

Siapa yang tidak mahu menjaga kesihatan bukan? Mahu menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama anda tahu akan tahap kesihatan diri dengan menggunakan gajet fitness tracker.

Tapi bukan semua produk fitness yang bagus serta harganya juga mahal. Ada ke gajet fitness tracker yang murah dan mampu milik? Jawapannnya ada, dan di sini admin sertakan lima produk gajet fitness tracker bajet yang boleh anda lihat.

Xiaomi Mi Band 3

Foto: Banggood

Xiaomi Mi Band 3 ini memiliki fungsi fitness tracker yang sangat bagus dengan fungsi seperti mengesan berjalan, berlari, berbasikal, notifikasi telefon bimbit, ramalan kaji cuaca dan monitor kadar denyutan jantung. Harganya juga berpatutan dan mampu milik US$32 (RM130).

Huawei Band 3 Pro

Foto: B&H

Huawei Band 3 Pro ini telah di inovasi denagn skrin sentuh, fungsi GPS, monitor kadar denyutan jantung, memantau waktu tidur dan larian si pengguna. Fitness tracker ini juga merupakan gajet kalis air dengan 5ATM water rating terbarunya. Ianya dijual dengan harga US$59.99 (RM244).

Fitbit Inspire & Inspire HR

Foto: Wareable via (Product laydown photography for Fitbit Inspire.,,Photographer: Kevin Cremens)

Fitbit Inspire & Inspire HR merupakan gajet fitness yang kalis air dan ia boleh digunakan ketika melakukan aktiviti renang. Selain itu Fitbit ini juga mempunyai fungsi seperti mengesan langkah perjalanan, jarak, memantau waktu tidur serta memberi mesej notifikasi dan mempunyai fungsi pemberitahuan secara automatik jika si pengguna gajet melakukan aktiviti yang melampaui had kemampuan. Ianya di jual pada harga US$69.95 (RM 285).

Garmin Vivofit 4

Foto: Wired

Garmin Vivofit 4 ini merupakan fitness tracker basic, tracker fitness ini memiliki fungsi asas seperti memantau jarak, langkah, waktu tidur, dan meter kalori si pengguna. Garmin Vivofit 4 ini juga kalis air dan boleh digunakan ketika melakukan aktiviti renang. Ianya dijual dengan harga US$79.99 (RM326).

Misfit Flash

Foto: Amazon

Misfit Flash dengan rekaan gelung getah yang lembut ini merupakan fitness tracker yang mempunyai fungsi seperti mengesan waktu tidur, jarak dan langkah si pemakai. Misfit ini juga memiliki bateri yang boleh di tukar dan bateri tersebut mampu bertahan sehingga enam bulan!

Malah gajet fitness ini juga boleh di syncs dengan menggunakan aplikasi yang sama. Fitness tracker ini dijual pada harga US$54.99 (RM224).