Bisnis, Tech

WeChat Umum Luaskan Merchant WeChat Pay Di Malaysia

WeChat telah mengumumkan ia akan mengembangkan merchant basenya bagi WeChat Pay MY di Malaysia. Dengan pengembangan merchant ini, di harap ia akan mengembangkan pembayaran menerusi telefon bimbit dan akan menjadi salah satu pilihan pembayaran yang optimum bagi penduduk Malaysia menjelang tahun 2023 nanti.

Ramai masyarakat Malaysia kini menggunakan pembayaran menerusi telefon bimbit mereka sahaja. Dan dengan konsep pembayaran menuju ke arah itu, WeChat ingin meluaskan sistem tersebut seperti di Starbuck, Tealive, KK Mart dan beberapa nama lain lagi.

Foto: Focus Malaysia

Melalui pengembangan merchant WeChat Pay in, ia dapat meningkatkan lagi penggunaan servis perkhidmatan sistem pembayaran menerusi telefon bimbit di kedai-kedai atau vendor-vendor yang ada di seluruh Malaysia.

Foto: Lowyat.net

Tambahan lagi, WeChat juga ingin mensasarkan kedai-kedai “mamak” dan rantaian Syed Bistro di Malaysia sebagai pelanggan rangkaian merchant WeChat Pay di masa akan datang.

Foto: Ec Insider

Idea ini berdasarkan menggunakan menu untuk memesan makanan dan terus membuat pembayaran dan selepas itu makanan serta minuman yang dipesan di akan di hantar ke meja mereka.

Foto: Lowyat.net

Dan WeChat juga merancang untuk membuat vending mesin yang menerima pembayaran menerusi aplikasi tersebut. Dan terdapat prototype yang di hasilkan dan menggunakan WeChat Pay dalam membuat pembayaran.

Kini secara perlahan-lahan ramai masyarakat Malaysia yang memiliki E-Wallet dan WeChat akan menjadi salah satu peneraju di Malaysia bagi pengembangan sistem pembayaran digital dan sekaligus menarik pelabur asing untuk turut bersama-sama mengembang perniagaan di Malaysia.