Tech, Gadget

HONOR 8C Kini Secara Rasminya Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM599

HONOR telah mengumumkan telefon bimbit 8C telah memasuki pasaran Malaysia. Harga yang di tawarkan cukup menarik dan mampu milik. Bukan sahaja rekaan telefon ini menarik malah fungsi serta keunikan telefon HONOR 8C ini cukup terserlah!

Telefon 8C yang memiliki skrin yang berkeluasan 6.26 inci merupakan faktor utama yang di perkasa dengan ratio 19:9 HD+ notched display. Manakala dari segi perisian pula telefon ini menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 632 SoC.

Foto: Lowyat.net

Selain itu, telefon ini juga memiliki 3GB RAM beserta 32GB kapasiti storan dalaman. Malah kapasiti tenaga baterinya juga tidak kurang hebatnya iaitu 4000mAh. HONOR 8C ini menggunakan pemprosesan daripada EMUI 8.2 yang terdapat pada Android o8.1 Oreo.

Dari segi fungsi kamera pula, di bahagian belakang telefon bimbit tersebut memiliki kamera 13MP+2MP dan manakala di bahagian hadapan pula ia memiliki kamera 8MP dengan display yang terbaik.

Foto: Hitech Century

HONOR 8C ini dijual pada harga RM599 dan ia boleh di dapati di outlet-outlet telefon bimbit di seluruh Malaysia pada 5 April ini. Telefon ini di datangi dengan tiga jenis warna iaitu hitam, emas dan biru.

Bagi yang ingin membuat pre-order anda boleh memesan telefon tersebut pada 27 Mac ini di Lazada dan ianya hanya terdapat warna hitan dan biru sahaja.